Assalamualaikum
Mak aihhh!! Lame bebenor eeh rasanya tak update blog ni hah. Nak kata busy study tu memang terang-terang ah menipu. Line broadband ni kekadang lembab sangat pastu laptop pulak buat hal. Konon merajuk mintak ganti internal hard disk baru. Tak sangka laptop ni pandai gak memperabiskan duit aku nih. -_-"
Anyway. Bulan yang lepas kami semua adalah join program banci area Kedah jek. Kerja memang sakit ah. Bukan setakat dapat form full with bancian malah anda akan mendapat ceramah, makian, pertanyaan, penghinaan dan lain-lain lagi. Memang mental dan fizikal tercabar habis!!
Bila mental dan fizikal serta emosional dah tercabar. Mestilah nak merehatkan diri kan? So secara tidak sengajanya kami ke Gua Kelam untuk menenangkan diri sambil tengok budak-budak kecil mandi tanpa seurat benang. *teringat pulak zaman kecik-kecik dulu.
Bakal engineer yang ambil course international.
Lepak sambil bergambar.
Budak-budak ni suka merosakkan gambar dengan letak kaki kat muka gua.
Dah penat membuta lah kerja mereka. Trip best so next time boleh pergi lagi!
No comments:
Post a Comment