December 21, 2010

Life Achievement


bangganya bila hari ni berjaya dengan jayanya buat cupcakes.
sebab before this buat banyak kali.
pun tak jadik-jadik.
until mak sendiri da give up nak bagi saya duit pergi beli ingredients.

mak kata:
asyik tak jadik jek.
buang duit mak jek!

tapi akhirnya hari ni berjaya gak.
*muka bangga

so akibat dah berjaya.
kita tak perlu lokek untuk share kan?
ok.
kalau korang nak try resepi CUPCAKE COKLAT/VANILLA
boleh ah cuba.
sesapa yang tak nak.
bolehlah pegi beli kat kedai.

saya buat cupcake choc dengan vanilla half-half.
ikutlah korang nak buat perisa apa pun.

cara-caranya:

1) pukul sekali butter 250g dengan 300g gula ising sampai kembang.
bukan kembang lobang hidung tapi adunannya yang kembang a.k.a putih.
2) after dah kembang. korang masukkan 6biji telur kuning. then masukkan pulak 1sudu esen vanilla. lastly 250g tepung naik sendiri.
3) then dalam mangkuk lain. korang putar 6biji putih telur sampai kembang.
4) kemudian campurkan putih telur tadi dalam adunan awal tadi guna senduk. bukan sudip.
5) gaul bagi rata.
*untuk perisa vanilla.

kalau korang rajin nak buat perisa coklat.
1) korang masak 1 cawan koko + 1/2 cawan gula ising + 1 cawan air.
then campurkan dengan adunan atas tadi.

ni coklat yang sudah di masak.

kemudian masukkan dalam cup dia.
satu cup.
hanya satu sudu kecik penuh.
jangan letak bebanyak.
nanti dia naik then terkeluar dari cupnya.

bakar dalam oven.
bukan bawah terik matahari.
sampai ko tua keknya tak siap-siap.
oven diletakkan pada suhu 160 darjah celsius.

kalau nak cupcakesnya nampak cantik.
korang pegilah beli tray cupcake.
letak cupnya dalam tray tu.

da masak.
jadiklah macam ni.
bahagia sangat tengok da jadik.

penat kurang sikit sebab ada dua orang pembantu sukarelawan ni.
tengok budak belakang tu.
bukan tabur chocolate ball atas kek.
tapi sumbat mulut dia
-_-"

topping cupcake ni.
guna chocolate fudge.
tapi tak ingat resepinya.
kalau nak senang.
guna icing jek.

korang beli 450g gula ising dan 200g lemak sayur.
pukul rata then campurkan air sikit.
pastu letaklah warna apa-apa.
jadiklah icing.

so enjoy your cupcakes!

3 comments:

fatinliyana said...

yummy2 >_<

Farhana Sahri said...

nmpk selera...=)

Sheril Azni Aida said...

hehe.ikut selera sndri sdaplah tp xtaulh slera orang lain :)
cubalah :)