October 6, 2012

Sambutan Hari Raya Imigresen Johor

 Assalamualaikum

Ya Rabbi. Berzaman betul nak update tapi tak update-update. Penyakit malas mula menular dalam badan seperti virus. Memang tak ada ubat ah penyakit ni. So entri yang nak update tapi lama tak dapat update adalah entri raya. Hehe. Dah nak Aidiladha baru nak update pasal Aidilfitri.

Tempat internship aku anjurkan sambutan Aidilfitri untuk warga Imigresen. Sambutan tu dibuat malam. Disebabkan aku ni tak pernah keluar sendiri malam-malam. So bertemanlah aku pegi majlis tu. Siapa?? Hehe. Adalah.

Driving memalam buat aku ngantuk. Tak suka.

 Sesampai jek. Gather dengan kawan-kawan lain kiteorang direct terus ke meja makan. Buffet style. Tapi duduk atas lantai. Bebudak ni makan sate dengan rendang tapi aku tak makan sebab takut susuk tercabut. 
-_-" MOTIPP SANGAT.

 Nilah peneman setia aku :)




 Makan tak habis dah bergambar tak ingat dunia.


 Ni geng aku dekat Corporate Division. Ain and Rahimah.


 Mady, Ika dengan Eima ditempatkan dekat Enforcement Division.

 Bersama Tuan Aidid, penyelaras kami yang sempoi habis.



Tepat pukul 10 malam kteorang bergerak balik but singgah rumah Mady dulu dekat Skudai. Akibat aku tak makan apa-apa dekat jamuan. Habis kuih muih raya Mady aku sental.



 Keadaan kuih raya rumah Mady sebelum diserang oleh aku. Penuh jek.


 Tapi kawan-kawan aku lagi advanced. Siap ke dapur lagi.


Masa untuk balik setelah dapat 10 miscall dari Ma'am besar suruh balik.


August 8, 2012

INTERNSHIP, BE EASY ON ME.

Assalamualaikum


Selamat berbuka peeps! Hehe. Johor buka awal. Kalau boleh nak lagi awal macam Sabah. Tapi ni pun dah bersyukur. Banyak kali dah aku nak dok bercerita dengan korang pasal tempat praktikal aku tapi selalu tak kesampaian. Sebab malas sangat. Tehee. Actually aku praktikal dan bekerjasama bersama-sama jabatan Imigresen Johor dekat Setia Tropika. Wah ayat macam terer sangat ek ko nih?


Memandangkan Setia Tropika merupakan headquater untuk Imigresen Johor, so harini kami ada perhimpunan bulanan yang menghimpunkan semua cawangan Imigresen Johor Bahru. Boleh cuci mata (ketawa berdekah).




Isi nama dulu. Pashima harus. Eh bukan harus tapi wajib sebab dewan tu macam peti beku derr!





SELAMAT DATANG KE PERHIMPUNAN BULANAN IMIGRESEN JOHOR!!
(bunyi drumroll)



Kawan 1Malaysia aku, Rubiny.



Ada koir ok. Macam tengok konsert dah aku rasa.



Biasanya perhimpunan macam ni mesti ada nyanyi lagu jabatan dieorang kan? Disebabkan aku HANYALAH BUDAK PRAKTIKAL aku tak tau lagu Imigresen macam mana. So aku just lip-sync sambil mata pandang lirik dekat slide depan. Terer betul aku berlakon.





Dah habis perhimpunan yang dekat dua jam setengah dimana aku sempat lelap 15 minit. Kami keluar berjumpa saudara yang terpisah di bahagian penguatkuasaan. Kiteorang duduk bahagian korporat. Bulan ni terpaksa berpisah dua kumpulan but bulan depan jumpa balik!!





 Gambar ihsan dari kamera cantik Eima :)
Tentiuuu!



July 31, 2012

Red Velvet yumyum~

 Assalamualaikum

Been ages tak update blog. Since final exam until dapat result exam. Praktikal sampai dah nak sebulan dah. Macam-macam halangan dan cubaan. Terutama sekali halangan perangai pemalas. Ooo~ Memang halangan terbesar dalam dunialah! 

Straight to the point! So I did successfully make a RED VELVET! Finally. Dok beli beringgit-ringgit untuk one slice. Sekarang dah boleh jimat duit masuk tabung sebab dah boleh buat sendiri. Makanlah kau sampai muntah.

Giving out the recipes for those yang nak mencuba. I did make some renovation to the original recipes. So ni adalah resepi sesedap rasa. :P


How?:

Dalam mangkuk aduan A : Ayak 500g tepung gandum + 1 sudu kecil baking soda + 2 sudu makan serbuk koko. Letak tepi dulu.

Mangkuk B : Masukkan 240ml fresh milk + 2 sudu kecil cuka + 2 sudu kecil pewarna merah. Campurkan dan perap selama 10 minit.

Mangkuk C : Sambil menggunakan mixer, putar 150g butter sampai kembang then masukkan 250g gula castor + 200g gula perang + 1 1/2 sudu kecil vanila, 2 biji telur (masukkan satu persatu) 

Final: bila mangkuk C dah betul-betul sebati. Campurkan A dan B ke dalam C. Gaul rata. Kemudian ambil 1 sudu kecil soda bikarbonat dan 1 sudu kecil cuka. Campurkan ke dalam cawan dan ianya akan mengeluarkan buih-buih yang banyak. Cepat-cepat masukkan dalam complete batter tadi and gaul rata.
Bakar menggunakan api atas dan bawah.


CREAM FROSTING:
50g butter pukul sampai kembang + 250g cream cheese + 1 sudu kecil vanilla + 1 1/2 fresh milk + 100g gula icing. Sejukkan.


Kek yang completely baked keluar macam ni cuma aku punya buruk sikit bekas cucuk garfu, Cari cake tester tak jumpa so cucuk pakai garfu jek. Untuk menyenangkan korang keluarkan kek dari bekas. Sapu butter dgn tepung gandum. Bila korang keluarkan kek ambil sudu and ratakan permukaan atas kek. Bagi rata dan tak mengelembung.


Then decorate it as you wish!


Frosting agak berterabur sebab banyak sangat tangan menolong.






 Enjoice!!!


May 30, 2012

Classical Items


Assalamualaikum

Tinggal lagi beberapa hari kaki nak melangkah ke final exam dan terus menghabiskan zaman-zaman student degree dekat UUM ni. Macam tak percaya aku ni dah nak habis belajar o_0  FINALLY!!! Setelah dicampur darab bahagi. Dekat 16 tahun aku belajar start dari tadika campur sekolah rendah, menengah, asasi and degree. Tu tak darab lagi dengan tuition, kelas latih tubi, sekolah agama yang aku pergi lagi tu. Pergghh. Lama tu aku belajar. Pasni dalam resume aku nak letak kerjaya/pengalaman: PELAJAR SELAMA 16 TAHUN. Agak-agak ada ke nak amik keje??


Tapi dua tiga ronok aku nak habis belajar ni sedihlah jugak. Nanti kat tempat keje sapa nak kawan dengan aku? Sapa nak pegi lunch dengan aku? Silap hari bulan aku pergi keje bawak bekal nasik lemak mak masak jek -_-" Sambil menghabiskan sisa-sisa masa dekat UUM ni. Aku and Chot melepak dekat C-Mart Changlun dari petang sampai malam. C-Mart pun bedal jek jadik tempat lepak kerana tu jek mall yang paling beso dekat Changlun ni. And we did found this!!!


Makanan kegemaran zaman hingus dulu! Rokaaaaa~ *angkat tangan sambil goyang-goyang. Penganti Ferrero Roche sebab dulu pergi sekolah bawak singgit jek. So tak mampu beli Ferrero Roche. Bangga tu dulu kalau birthday party buat dekat sekolah ada Roka. Bajet dah kaya giler bila dalam celah-celah goodies bag ada Roka disamping ada sumi, Mamee dan sebagainya. 0_0"



Jojo ni wujud lepas Ding Dang and Tora. Jojo ni kira paling mahal ah lepas Tora and Ding Dang. Merajuk dengan mak dulu kalau taknak belikan Jojo. Motif nakkan mainan dalam kotak tu then esok boleh bawak pegi sekolah sambil cakap "Semalam kita beli Jojo tau dapat mainan ni. MAHAL tau." Perkataan mahal kat situ ditekan dengan kuat bersama kalqallah. Dasar budak berlagak betol.


Aiskrim traffic light ni wujud time aku darjah 3 ke 4. Tak ingat ah pulak. Keluar jek pagar sekolah terus kerumun uncle Bangla yang naik motor bersama payung besar. Dulu aku selalu tertanya. Tak terbalik pulak motor dia bawak payung gergasi macam tu. Dulu ais krim ni baru 20 sen ke 30 sen. Murahhhh~ Sekarang dapat ke ais krim harga macam tuuu??


Gula-gula coklat ni pun selalu terselit dalam goodies bag birthday party kawan-kawan aku. Tak ingat pulak apa beza color pembungkus dia. Seingat aku rasa kat dalam sama jek. Berzaman dah tak makan. 



Ni memang evergreen punya coklat. Dari dulu sampai sekarang aku still craving lagi. Apa entah dia taruk dalam Choki-Choki ni sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Sekarang ni dah variety ah flavour dia. Tak macam dulu. Satu flavour jek, coklat.


Kiddies ni pun selalu gak berebut dengan kengkawan. Nak kata sedap tu tak adalah sedap sangat. Mungkin dia coklat, menarik perhatian kanak-kanak gemuk macam aku ni -_-"


Ni top listed junk food I ok!! Mak aiihh. Dah lama tak makan ~Nini Cokolat celop. Celop celop.~ Aku suka perisa kacang dengan strawberry. Nyam-nyam datang lepas Nini mendaki puncak dengan jayanya. Namun Nini tetap dihati :)



Dulu kat sekolah selalu tanya "ubat gigi awak perisa apa?" Ada jawab anggur ah, strawberry ah. Pakai Kodomo Lion ah kononnya. Sapa pakai ubat gigi biasa macam Colgate mak bapak kita gosok pagi-pagi tu kira loser ah. Sebab tak nak kalah, aku pun suruh mak aku pergi beli. Taknak beli taknak gosok gigi!



Permainan kegemaran kanak-kanak di shopping mall but sampai sekarang tetap jadik tempat kegemaran aku bila shopping sampai boleh bergaduh dengan anak-anak sedara aku -_-"


May 3, 2012

Free Lunch, Marathon Movies, Red Velvet


 Assalamualaikum

On 1st May, konon-konon cuti pekerja bagi kami yang tak bekerja ni. Kami budak-budak kelas bahasa German bergerak untuk ke rumah lecturer kami untuk dapat makan free. Bukan senang nak pau lecturer weyy. Sedap betul nasi tomato plus ayam masak merah disamping side dishes yang lain. *makan free mana yang tak sedap.

Menunggu budak-budak yang bangun pukul 1 sedangkan pukul 1 dah janji nak gerak -_-"





 Boys.



Sebab terlalu fokus makan makanan free. Sampai dua kali tambah. So tak banyak gambar yang dapat amik. Even gambar dengan Frau Aida pun tak sempat amik.

Then secara tetibanya, kteorang spontaneous punya plan nak tengok movie. Terus step on pecut pergi Jitra beratur tengok Avengers pada mulanya tapi sebab yang pukul 6 punya tayangan penuh. Kami tengok Batteship dulu. 


Dah dekat separuh Battleship tu baru teringat tak beli lagi tiket untuk tengok Avengers. Mau habis tiket kalau tak beli time tu. Tanya sorang-sorang, masing-masing taknak keluar sebab taknak miss Battleship. So technically tinggal aku sorang jeklah. -_-" Keluar ah pergi kaunter tanya tiket Avengers. Yang biasa ada 2 seats jek tapi kami bertiga. Tanya yang 3D punya ada lagi. Tapi bila nak bayar tengok purse, DUIT TAK CUKUPLAH DERRR!! Dengan muka tebal cakap dengan abang tiket yang duit tak cukup. Masuk balik mintak duit tambahan then keluar balik bayar balance RM20. Malunya. Puas abang tiket tu ketawakan aku. -_-"



 "Akhirnya dapat pun aku tengok Avengers!!"


Then pagi tadi kteorang dapat telan sebuku red velvet!! Sumpah sedap cuma cream cheese die tak banyak. Puas hati giler dapat makan.


Red velvet yang mengancam :)

April 15, 2012

Alor Setar


Assalamualaikum

Sejak habis dinner tak sempat nak update. Pasal dinner Intaff bulan lepas pun tak update lagi. BULAN LEPASSSS?? Ok serius pemalas update -_-" Tapi takpe. Ni dah update dah!


Haritu kteorang berlima dapat panggilan bantuan dari lecturer kteorang mintak tolong buat banci. Semua dibayar $_$. Wahh apa lagi. Kecil tapak tangan, besen mandi aku hulurkan. Sambil berbancian tu haruslah jalan-jalan carik keseronokan. Dia macam sambil menyelam minum air tapi pastikan jangan minum air kolam renang sebab macam dah tercemar dengan tuutt sikit. :)



Kami lepak dekat dataran depan Masjid Zahir sambil kira soalan banci yang dah siap.


Belakang tu Menara Alor Setar. Sekali pandang macam Menara KL cuma dia ketot sikit.



Kamera Ipod agak pecah-pecah :P






Kamera Handphone Nad terang sikit :))


Sampai tu jek. Nanti aku update cerita pasal dinner BULAN LEPAS tu :)) Tooddlesss!!