May 30, 2012

Classical Items


Assalamualaikum

Tinggal lagi beberapa hari kaki nak melangkah ke final exam dan terus menghabiskan zaman-zaman student degree dekat UUM ni. Macam tak percaya aku ni dah nak habis belajar o_0  FINALLY!!! Setelah dicampur darab bahagi. Dekat 16 tahun aku belajar start dari tadika campur sekolah rendah, menengah, asasi and degree. Tu tak darab lagi dengan tuition, kelas latih tubi, sekolah agama yang aku pergi lagi tu. Pergghh. Lama tu aku belajar. Pasni dalam resume aku nak letak kerjaya/pengalaman: PELAJAR SELAMA 16 TAHUN. Agak-agak ada ke nak amik keje??


Tapi dua tiga ronok aku nak habis belajar ni sedihlah jugak. Nanti kat tempat keje sapa nak kawan dengan aku? Sapa nak pegi lunch dengan aku? Silap hari bulan aku pergi keje bawak bekal nasik lemak mak masak jek -_-" Sambil menghabiskan sisa-sisa masa dekat UUM ni. Aku and Chot melepak dekat C-Mart Changlun dari petang sampai malam. C-Mart pun bedal jek jadik tempat lepak kerana tu jek mall yang paling beso dekat Changlun ni. And we did found this!!!


Makanan kegemaran zaman hingus dulu! Rokaaaaa~ *angkat tangan sambil goyang-goyang. Penganti Ferrero Roche sebab dulu pergi sekolah bawak singgit jek. So tak mampu beli Ferrero Roche. Bangga tu dulu kalau birthday party buat dekat sekolah ada Roka. Bajet dah kaya giler bila dalam celah-celah goodies bag ada Roka disamping ada sumi, Mamee dan sebagainya. 0_0"



Jojo ni wujud lepas Ding Dang and Tora. Jojo ni kira paling mahal ah lepas Tora and Ding Dang. Merajuk dengan mak dulu kalau taknak belikan Jojo. Motif nakkan mainan dalam kotak tu then esok boleh bawak pegi sekolah sambil cakap "Semalam kita beli Jojo tau dapat mainan ni. MAHAL tau." Perkataan mahal kat situ ditekan dengan kuat bersama kalqallah. Dasar budak berlagak betol.


Aiskrim traffic light ni wujud time aku darjah 3 ke 4. Tak ingat ah pulak. Keluar jek pagar sekolah terus kerumun uncle Bangla yang naik motor bersama payung besar. Dulu aku selalu tertanya. Tak terbalik pulak motor dia bawak payung gergasi macam tu. Dulu ais krim ni baru 20 sen ke 30 sen. Murahhhh~ Sekarang dapat ke ais krim harga macam tuuu??


Gula-gula coklat ni pun selalu terselit dalam goodies bag birthday party kawan-kawan aku. Tak ingat pulak apa beza color pembungkus dia. Seingat aku rasa kat dalam sama jek. Berzaman dah tak makan. 



Ni memang evergreen punya coklat. Dari dulu sampai sekarang aku still craving lagi. Apa entah dia taruk dalam Choki-Choki ni sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Sekarang ni dah variety ah flavour dia. Tak macam dulu. Satu flavour jek, coklat.


Kiddies ni pun selalu gak berebut dengan kengkawan. Nak kata sedap tu tak adalah sedap sangat. Mungkin dia coklat, menarik perhatian kanak-kanak gemuk macam aku ni -_-"


Ni top listed junk food I ok!! Mak aiihh. Dah lama tak makan ~Nini Cokolat celop. Celop celop.~ Aku suka perisa kacang dengan strawberry. Nyam-nyam datang lepas Nini mendaki puncak dengan jayanya. Namun Nini tetap dihati :)



Dulu kat sekolah selalu tanya "ubat gigi awak perisa apa?" Ada jawab anggur ah, strawberry ah. Pakai Kodomo Lion ah kononnya. Sapa pakai ubat gigi biasa macam Colgate mak bapak kita gosok pagi-pagi tu kira loser ah. Sebab tak nak kalah, aku pun suruh mak aku pergi beli. Taknak beli taknak gosok gigi!



Permainan kegemaran kanak-kanak di shopping mall but sampai sekarang tetap jadik tempat kegemaran aku bila shopping sampai boleh bergaduh dengan anak-anak sedara aku -_-"


No comments: