Assalamualaikum
Last entry aku yang dah berzaman tu aku dok bercerita pasal Sabah tapi tak habis. So ni sambungannya. Kali ni kteorang drive ke kawasan perkampungan air orang Sabah dekat area Hotel Nexus tu jugak. Dekat dengan pengkalan maritim tak salah aku. Korang mesti tau kan macam mana suasana perkampungan air? Basically, korang bukak pintu rumah dah jumpa air. Orang lain laman penuh rumput tapi rumah ni laman penuh air. Tak payah sibuk sibuk korek tanah lagi nak buat kolam renang bertaraf Olimpik.
Dari apa yang aku nampak, rata-rata budak semua dah pandai berenang macam Danial Bego (macam mana ntah eja nama dia). Dieorang siap buat lompatan papan anjal berpusing kat udara tu! Aku tak tipu weyy! Aku pun berenang dalam swimming pool pun still pegang tepi-tepi -_-"
Permandangan laut depan perkampungan nelayan.
Aku ni nampak jek berani naik bot. Tapi kejapnya tangan aku pegang bot tu cuma Allah jek tahu. Bila semua orang onboard, aku rse adalah lagi berapa inci air laut nak masuk dalam bot. Memandangkan aku tak pandai berenang. Tu yang buat jantung dup dap dup dap. Tambah pulak kepala otak aku ni jenis kepala otak FinalDestination. Lagi seram naik bot tu~~ Tapi maintain macho.
Yang tak takut cuma Juwita. Haziq tak naik sebab tidur dalam kereta. Juwita punya berani sampai tak nak orang pegang dia. Nak berdiri sendiri.
Dia bukan takut kena buat macam ni. Kalau Haziq dah melalak. Dia mintak buat lagi adalah.
Don't try this at sea.
Disebabkan terasa bahaya buat anak punya kaki masuk dalam laut kerana air yang tenang jangan disangka tiada buaya (tetiba). Juwita pulak melalak nak main air lagi, so kteorang bagi dia main air dalam bot tu jek. Jadiklah dari tak ada kan?
Relaks jek budak ni berenang laut dalam.
Lepas experienced naik bot keliling laut yang tak adalah nak laut sangat. Kteorang explore perkampungan air pulak. Jalan-jalan atas titi dieorang dan singgah minum dekat gerai kampung mereka. Murah banggat! Makanan paling mahal pun cuma RM 2.50. Jimat dan kenyang.
Budak Abang baru bangun tidur nampak tengah jalan atas air terus terkejut dan menangis.
Kebetulan masa nak balik dekat airport ada wartawan RTM buat berita kot. Macam temuramah pasal penerbangan percuma ke Sabah dan Sarawak. Reporter tu approached aku yang tengah pandang dieorang buat kerja. Ada ke dieorang suruh aku komen pasal penerbangan murah tu. Aku ni dalah gugup bercakap dengan orang yang interview bagai ni. So aku refused and passed dekat abang dan kakak ipar aku.
So aku terlepas :)))
Ni gelagat abang dalam flight. Nak bagi dia tak meragam dalam flight. Ipad jeklah ubat dia.
Cukuplah trip kteorang ke Sabah. Memang berbaloi datang Sabah ni. Kalau pasangan yang nak berbulan madu tu, aku cadangkan ah datang Sabah. Permandangan lawa-lawa. Menenangkan. Biasanya orang honeymoon ni nak tengok permandangan kan? Aku tak tau ah pulak kalau ada yang pergi honeymoon nak bershopping. Hehehe.
No comments:
Post a Comment