Assalamualaikum.
Haziq masa excited. Masuk flight. Start berlepas terus meraung macam orang hilang mak. -_-"
iiFlight kami adalah pada waktu petang. Masa dari JB nak ke KKIA adalah 2 jam sahaja. Kami sampai KK pukul 8 something masa tu. Of courselah sampai KK terus tidurrr~
First day kami di KK, aku cadangkan abang aku pergi ke Pasar Kraftangan a.k.a Pasar Filipina. Kami pinjam kereta and drive sendiri jek. Nak merasa tempat orang betul-betul katanya. Nasib aku ada kawan dekat KK :)
Aktiviti Haziq di pagi hari. Terus terjah playground.
Ni lah Pasar Filipina. Pasar ni panjang dan besauu~ Ada jual mutiara, ikan kering, ikan bilis, dan bermacam-macam ah. Murah-murah. Jangan lupa aksi tawar menawar semasa membeli sebab korang boleh dapat harga yang gila rendah dari harga yang diberi pada mulanya :)
Rambang mata tengok udang kering murah.
Pilih-pilih!!
Jumpa ikan bilis yang baru naik darat and still basah and lembab-lembab lagi :)
Murah gilaa!
Lepas membeli belah barang-barang dapur and mutiara. On GPS and pecut ke Rumah Terbalik. Terletak di jalan nak ke Gunung Kinabalu. Harga dewasa masuk dengan kad pengenalan adalah RM10 dan sesiapa yang pelajar universiti. Bawak student card sekali. Dapat free drinks. Bukan free drinks mineral tau.
Haziq seronok pukul gong sebelum masuk ke rumah yang tonggang langgang ni.
Sorry kengkawan sebab no camera are allowed IN the house. Konon takut orang tiru idealah tu. But kalau akulah. Aku tak suggest korang pegi sini. Hahaha! Jahat gila aku. Bukan apa. Korang bayar RM 10 hanya untuk melawat rumah yang sekangkang kera dimana kangkang kera lagi besar. Masuk pintu depan, tau-tau dah sampai pintu dapur. Tapi kalau nak experience masuk rumah terbalik dipersilakan :)
Kedai cenderahati Rumah Terbalik.
Kafe Rumah terbalik. Sebab tak makan lagi dari pagi. So kami perabih duit makan kat sini. Lapooo~
Ada spot untuk korang bergambar dengan rumah terbalik.
Budak Abam dengan Budak Adik enjoy diri sendiri. Berlari sana sini tak ingat dunia. :)
Last-last Budak Abam tergolek sebab Budak Adik berat. Hehe.
Ada kereta Kancil no plat JB terbalik jugak!!
Hari kedua kami ke Gunung Kinabalu!! Tempat wajib sekiranya sampai ke KK. Sejuk gilaa dekat atas gunung ni. Memang cantik habis atas gunung ni.
Awan yang terpilu~~
Kami pick first stop dekat Desa Dairy Farm. Ada apa? Ada lembuuuuu~ Banyak. Bukan sebarang lembu. Maih kita tengok naaa~
Budak Abam ni muntah pulak dalam kereta sebab mabuk jalan macam ular kena palu. Habis Ipad dia kena muntah. Nasib bukan baju aku. Kihkih.
Lembu Fernleaf duduk sini. Rasa macam kat New Zealand. Tak dapat pergi New Zealand. Dapat tengok lembu dia dekat Sabah pun jadiklah.
Melayan Dak Wieta yang takut dengan lembu.
Bangga gila dapat bergambar dengan lembu Fernleaf.
Kutip lalang untuk Haziq. Dak Abam nak buat apa dengan lalang?? Tungguuu~
Lembu Fernleaf merata.
Budak Abam buat sejambak bunga lalang. Hehe. Nak bagi kat awek ke?? Awek lembu?? Bukan? Nak bagi kat siapa?
Okayy. Kita keluar dulu. Abam keluar dulu baru Ucu.
"Abam!! Tunggu Ucu!"
"Abam buat bunga lalang nak bagi dekat mommy lah Ucu.
Happy Mother's Day Mommy. Eh?? Mother's day ke sekarang??"
Alooooolooo~
Then we drove to Poring Hot Spring! Buat apa? Mandilah apa lagi. Air panas untuk merendam kaki yang dah naik sengal berjalan jauh ni.
Tengok seluar mandi Dak Abam! Wahahahahaha!! Macam Ali Baba baru jadi kayalah!
Budak-budak ni enjoy habislah mandi air panas cuma aku jek yang tak berapa minat mandi air panas sebab ramai sangat orangnya. Malu oden oiii!
Abam ni tak reti duduk diam bila pakai baju. -_-"
Hari ketiga dan terakhir sebelum pulang ke JB esok pagi. Aku cadangkan pergi ke Hotel Nexus di Karambunai. Karambunai dekat dengan 1Borneo dan area Sepanggar :) Kenapa hotel pulak yang aku cadangkan?? Sebab hotel ni berdepan dengan pantai yang biru dan mempunyai landskap yang cantik.
Ni lah tempat aku main giant chess masa first datang Sabah dulu. Apa yang beza? Biji chess dia.
Dak Abam macam larat jek nak angkat.
Aku jadik excited gila duduk tepi pantai. Dak Abam dapat tengok jek.
Bawak Dak Abam jalan tepi pantai tapi dia takut tengok ombak yang datang dekat. Terus suruh aku jauh-jauh dari air laut. :)
Kaki dah kotor. Jom basuh kaki.
Pasir dia sekali panas lah pulak! Dak Abam tak nak pijak pasir so dia pijak kaki aku then suruh aku jalan. Berguna betul otak budak demuk ni. -_-" Kaki aku yang perit last nya.
Tak nak pijak rumput dah lepas basuh kaki. Demand tak dia?? Hulur kaki mintak pakaikan kasut jek.
Will continue on part 2 :))
1 comment:
comelnya haziq ngan witaaa! :D
rindu kauu mek
Post a Comment