October 13, 2012

Universal Studio Singapore

Assalamualaikum

Welcome to USS!! Weheee! Perasaan gembira, excited, keanakan mula bercampur baur bila kaki melangkah. Niat nak pegi USS ni memang da lama tertanam cuma masa tidak mengizinkan. Ayat kau~

I went to USS dengan my best friend, Belle and her siblings plus ahli keluarga baru iaitu tunang si Azwan. Best-best! We spend about RM 190 more or less untuk sehari di USS plus tambang pergi dan balik. Berpatutan harga dia. Rumah jek dekat Singapore but nak jejak Singapore belum tentu lagi. -_-"


As we arrived, terus bergambar dekat globe berasap ni :)

Muka aku teruja gila!

Entrance Universal Studio. People around the world gather memain dekat sini.

New York Street as we entered.

Terus serbu theme park Madagascar. Wehooo!!

Kiteorang naik roller coaster Madgascar. Kecik jek roller-coaster dia. Aku pun bajet tak takut ah roller-coaster yang sekangkang kera tu. Sekali bila dia berlepas. Mak aiiihh!! Tercabut jantung aku. Laju gila! Aku yang nak jerit pun sampai tak boleh nak jerit sebab tersedak saliva aku sendiri. -_-"  Maka dengan itu, don't judge a roller coaster by its length.

Start explore USS.


Welcome to Egypt people!!

Hollywood Street.

Award Oscar yang bersepah. Boleh dibeli begitu sahaja. Tak perlu nominations

Bergambar dengan wanita luar biasa. Sebab kepala dia ada bulu pelepah. Kepala aku tak ada. So dia luar biasa.

Sesat di Hollywood. 

Pasangan baru bertunang. Aku yang bakal bertunang. Wah!! Statement!! Artis sangat.

Kelihatan aku sedang melakukan zapin sebelum masuk studio Steven Spielburg. -_-"

Welcome to Sci-fi World!! Wan nampak lagi excited dari aku.

Optimus Prime!!!

Dieorang nak battle ni. Wehee. Aku syorkan korang yang bakal pegi ke USS. TOLONG MASUK TRANSFORMER BANYAK KALI. Sebab dia sangat berbaloi dan best!!

Excited giler aku jumpa Bumblebee walaupun kepala aku terhantuk dekat siku dia masa dia angkat tangan.

Less excited.

Penat.



Jalan-jalan. Aku jumpa swamp house Shrek.

Ada tandas. Sakit perut mula datang menjengah diri ini.

Aku ketuk-ketuk. Tak ada sapa yang sudi bukak bagi tumpang.

Tak apalah. Mungkin Shrek di dalam.

Aku naik tau Merry Go Around ni.

Castle Far Far Away dari jauh.

Jurassic Park yang awesome! Aku syorkan korang siap-siap bawak baju hujan dari rumah kalau nak masuk theme park ni. Bila masuk, baju terbang ringan ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Bila keluar lencun baju kau!

Roller coaster ni aku tak dapat nak naik sebab ramai orang. But aku akan pastikan aku naik for next visit!


After parade habis. Kiteorang siap-siap untuk pulang ke JB. Bas bertolak dalam pukul 7:30pm and sampai Danga Bay by 9:00pm. Memang membuta ah keje aku dalam bas sebab penat giler. Tapi memang worth it! Gonna visit again soon!

No comments: