October 13, 2012

What Did I Put On My Face?

 Assalamualaikum

Sebagai bahan perkongsian dengan rakan-rakan. Apa bahan rawatan kulit muka yang digunakan? Well my skin type are oily and sensitive. So agak susah nak cari skin product yang sesuai. I cannot use any skin product that contains fragrance and too much soap/bubbles. Bila nak pilih produk muka mestilah bertepatan dengan jenis kulit tuan puan sekalian. So for me, I would suggest for those who have the same skin type like me to used :



NUTOX: BIRD'S NEST MIRACLE BAR

Yang ni bentuk bar. Usually I used gel cleanser dari Nutox jugak, but stock gel cleanser dah habis. So I bought this face cleanser so-called Miracle Bar. Bila dah guna muka korang konon-konon berseri-seri bak miracle. Suatu keajaiban.


Kenapa gel/soap bar type of cleanser? Sebab kulit yang sensitif hanya sesuai dengan cleanser yang bebas dari pewangi dan buih. Sebab gel/soap bar ni datang tanpa pewangi dan sedikit buih. So sesuwaiiii sangat!


Lepas basuh muka. Tekap muka dengan tuala bukan gosok muka sampai kering dengan tuala. Lagi irritated kulit muka nanti. Tekap secara lembut dengan tuala then apply this cream!

 SKIN PERFECTING CREAM FROM IMMUNOTEC

I bought this cream from a clinic based on doctor's advice. Krim ni lebih berkesan bila disapu pada muka selepas basuh muka. Muka lembab-lembab lagi. Sapu pada tempat-tempat yang diperlukan seperti kesan parut dan jerawat. Memang berkesan. But this cream won't give you instant result. For me, it takes about 1-2 month for getting perfect skin. Alhamdulilah.

 Tekstur krim dia sangat lembut.



For additional face treatment. I used :

NUTOX: SKIN REBORN EXFOLIATOR

Yang ni digunakan untuk menanggalkan sel kulit mati. Usually used twice a month. Itu bila aku rajin. Bila aku tak rajin. Tiga bulan sekali pun belum tentu. 


Hasilnya: Alhamdulilah. Berpuas hati. Aku syorkan korang beli skin perfecting cream tu. Sepanjang aku pakai. Parut/bekas jerawat yang aku suka kopek-kopek tu pudar and hilang. Suka sangat bila dah hilang. Kalau tak bintik-bintik hitam bekas jerawat bersepah. Still using it till now :)
Good Luck!

Universal Studio Singapore

Assalamualaikum

Welcome to USS!! Weheee! Perasaan gembira, excited, keanakan mula bercampur baur bila kaki melangkah. Niat nak pegi USS ni memang da lama tertanam cuma masa tidak mengizinkan. Ayat kau~

I went to USS dengan my best friend, Belle and her siblings plus ahli keluarga baru iaitu tunang si Azwan. Best-best! We spend about RM 190 more or less untuk sehari di USS plus tambang pergi dan balik. Berpatutan harga dia. Rumah jek dekat Singapore but nak jejak Singapore belum tentu lagi. -_-"


As we arrived, terus bergambar dekat globe berasap ni :)

Muka aku teruja gila!

Entrance Universal Studio. People around the world gather memain dekat sini.

New York Street as we entered.

Terus serbu theme park Madagascar. Wehooo!!

Kiteorang naik roller coaster Madgascar. Kecik jek roller-coaster dia. Aku pun bajet tak takut ah roller-coaster yang sekangkang kera tu. Sekali bila dia berlepas. Mak aiiihh!! Tercabut jantung aku. Laju gila! Aku yang nak jerit pun sampai tak boleh nak jerit sebab tersedak saliva aku sendiri. -_-"  Maka dengan itu, don't judge a roller coaster by its length.

Start explore USS.


Welcome to Egypt people!!

Hollywood Street.

Award Oscar yang bersepah. Boleh dibeli begitu sahaja. Tak perlu nominations

Bergambar dengan wanita luar biasa. Sebab kepala dia ada bulu pelepah. Kepala aku tak ada. So dia luar biasa.

Sesat di Hollywood. 

Pasangan baru bertunang. Aku yang bakal bertunang. Wah!! Statement!! Artis sangat.

Kelihatan aku sedang melakukan zapin sebelum masuk studio Steven Spielburg. -_-"

Welcome to Sci-fi World!! Wan nampak lagi excited dari aku.

Optimus Prime!!!

Dieorang nak battle ni. Wehee. Aku syorkan korang yang bakal pegi ke USS. TOLONG MASUK TRANSFORMER BANYAK KALI. Sebab dia sangat berbaloi dan best!!

Excited giler aku jumpa Bumblebee walaupun kepala aku terhantuk dekat siku dia masa dia angkat tangan.

Less excited.

Penat.



Jalan-jalan. Aku jumpa swamp house Shrek.

Ada tandas. Sakit perut mula datang menjengah diri ini.

Aku ketuk-ketuk. Tak ada sapa yang sudi bukak bagi tumpang.

Tak apalah. Mungkin Shrek di dalam.

Aku naik tau Merry Go Around ni.

Castle Far Far Away dari jauh.

Jurassic Park yang awesome! Aku syorkan korang siap-siap bawak baju hujan dari rumah kalau nak masuk theme park ni. Bila masuk, baju terbang ringan ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Bila keluar lencun baju kau!

Roller coaster ni aku tak dapat nak naik sebab ramai orang. But aku akan pastikan aku naik for next visit!


After parade habis. Kiteorang siap-siap untuk pulang ke JB. Bas bertolak dalam pukul 7:30pm and sampai Danga Bay by 9:00pm. Memang membuta ah keje aku dalam bas sebab penat giler. Tapi memang worth it! Gonna visit again soon!

Apa Kegunaan Gigi?


Apa kegunaan gigi selain untuk mengunyah makanan?

Mari kita tanyakan persoalan ini kepada Yang Arif.


"Haish! Apa susah sangat nak bukak tin lep-lep ni?"



"Grrrr~"


 "Hah. Terbukak pun."


Ya! Kita telah menrungkai persoalan yang amat sulit ini!! Tahniah!

October 6, 2012

Mini Evening Photoshoot

 Assalamualaikum

Balik kerja (praktikal) mak abah ambil. Biasalah. Malas nak drive pegi kerja. Alasan malas nak drive konon-konon sekarang kes jenayah semakin memberangsangkan. Ayat memberangsangkan macam result periksa pulak. Abah terus drive tanpa menoleh ke kiri dan kanan ke rumah Abg Edy. Dah lama tak jumpa anak sedara aku yang manja ni. Kebetulan aku bawak kamera pegi kerja hari tu. So mini photoshoot lah jawabnya.

Kutip ikan dalam kolam.




 Ni anak sedara aku yang kuat melaram dan berangan. Nini. Ikut sapalah perangai tu.





 Berat nak mampus nih. Tapi cover jek.






 Aku tak tau lah memang darah cepat posing bila nampak kamera mengalir ikut keturunan rasanya.




 Auch. Perut buncit Nini jelas terserlah.


Sekarang giliran aku pulak shoot sorang-sorang. Wahahaha. Kamera milik aku sekarang!!!




Azan Maghrib kedengaran. Kami masuk membersihkan diri dan makan malam. Wah ayat penutup sungguh kelihatan seperti didalam karangan sekolah. Sekian terima kasih.