April 29, 2011

Home Entry




Hello! Wah rindunya nak menaip lagi. Seriusly I sangat busy lately. Final pun around the corner. Buku mesti mau baca. Televisyen pula harus ditinggalin. *hakikatnya terbalik. Officially I dah pun ada dekat rumah. Nak masuk seminggu dah I duduk terbongkang kat rumah menambahkan pembesaran bentuk badan. Memang tak boleh kurus kalau duduk rumah. -_-"

Duduk rumah sumpah heaven gila! Sentiasa ada angels yang menceriakan hari I even though kekadang menghancurkan hidup I. Makan pun sentiasa terhidang atas meja. Kena treatment princess ala-ala Catherine Elizabeth Middleton pulak!


kaki baby baruuu~


baby baruuuuu!!!~
Daniey Irfan :)


baby lamaaa!!!~
Haziq Iskandar Shah
(kena kurung dalam penjara mini sebab nakal sangat)


pesalah sedang cuba memikirkan jalan keluar.


ni pulak muka mintak belas kasihan setelah dimarah oleh ucu dia yang berpura-pura garang.
but I Love You though!

I Love Being At Home!!






April 18, 2011

Happy Day!





Hye gangs. Sejak akhir-akhir ni selalu jek I update blog kan? Free lah kata kan. Freelah sangat padahal ada lagi presentation, oral German + assignment International Organizations tak siap lagi. Memang free punnn~

Tadi kan you all! (gaya kepochi) I dengan my friends pergi majlis. Alah majlis serah-serah sijil jek. Tak ada apa pun. Tapi I tak tau kenapa. I rasa gembira jek hari ni. Meja kiteorang outstanding giler sebab bising. Meja orang lain proper jek ikut etika duduk dalam ballroom hotel. Tapi kiteorang ikut etika duduk dekat pasar malam. -_-"


Pictures will do the story session
.moving to EDC Hotel.


.can you see me??!! I'm on the stage!! ALONE! without fainting!! WOOAAA!! AMAZING!.


.my candy sweethearts.


.suddenly I lupa macam mana to act as GEDIK girl -_-".


.ok..now I gained back my memories.


.sweeties!!.


.we found a HUMONGOUS mirror in their toilet!!.


.we're going back to the college..meet Faizal, our last year senior!.


adios gangs!!




April 17, 2011

Semua Ini Kerana Awak Aisyah Zakirah




Hye gangs!!
Pagi tadi I bangun awal pagi tau!!
Pukul 5 pagi da terbeliak bijik mata ni.
Itu pun bangun sebab nak siapkan assignment yang tergendala malam tadi.
Gara-gara perbuatan menonton movie.
-_-"


After dah siapkan assignment.
I tak boleh nak tidur balik.
Punyalah roomate I terkejut.
Bangun awal gila!!!
Mandi pepagi buta.
Siap nak pergi kelas pukul 11 sedangkan jarum jam baru tunjuk no 9 pagi.
Semangat tak?


Tapi disebabkan kesayangan I cik Aisyah Zakirah a.k.a CHOT bangun lewat.
Kenalah I tunggu dia mandi and bersiap.
Pantang ada peluang emas.
Mulalah klik Webcam.


Hasilnya........

.morning face.


.see my eye got bag.


.perasaan perasan cantik mula datang menular dalam diri.


.excited nak pergi kelas sebab semua assignment I dah siapkan.


.betulkan tudung kejap,,kedut-kedut pulak eh kau!.


.perasaan boring datang secara mendadak.


.perasaan itu dah tidak boleh dibendung lagi.


.tengok jam dah pukul 10.20pagi.


.ok pergi dulu! bye gangs!.





April 16, 2011

Kenapa Susah Untuk Fokus



Minggu ni will be my last week dekat UUM sebelum I bergerak balik ke JB! Can't wait to meet my sweethearts dekat rumah tu. So, biasanya kalau dah nak balik rumah tambah pulak dekat-dekat nak study week ni. Assignments yang melambung tinggi macam baju kau yang dua minggu tak berlipat lagi lepas angkat dari jemuran. (sumpah pemalas anak dara ni!) Kenalah kikis sikit demi sedikit.


Memang bercita-cita tinggi nak habiskan kesemua assignments dalam minggu ni and nak habiskan presentation, oral dan role play untuk bahasa German dalam minggu ni jugak! Tapi FYI, I ni sangat cepat DISTRACTED!!! Susah betul nak fokus dekat assignment yang I tengah buat. Contoh paling senang. Macam sekarang ni lah. Patutnya saya mengadap laptop untuk siapkan individual assignment pasal Myanmar's Politics yang 15pages tuu~ Tapi apa yang saya buat disini nihh!!!!


Bila on laptop. Bukannya I terus capai mouse pergi klik dekat Document. Tapi I pergi menghalakan mouse ni and klik dekat Google Chrome and of courselah Facebook I keluar dulu. Dah sedar diri ni distracted. Baru tutup Facebook tapi pergi bukak Movies pulak!! Argghh!! Bilalah assignments yang tinggi ni nak jadik rendah?


Bila teringat dekat lecturer yang garang and strict habis tu. Insaf sekejap. Bukak Document tapi tangan menggatal buat video call dekat rumah pulak! Lepas tu I tersekat pulak dekat sini. Apa nak jadik ni Sheril?! Until when will you finish your work?! Ok. Calm down. Take a deep breath. Fuhh~

SEE!! I sempat lagi grab shawl, bukak Webcam. Searching a place which one don't have so much lightning. Hanya untuk kamu blog :)
terharu tak?? *distracted lagi. -_-"



OK. TUTUP GOOGLE CHROME. UNINSTALL GOOGLE CHROME. BUANG BROADBAND JEJAUH. TEMBAK ROUTER WIRELESS THEN FOCUS ON YOUR ASSIGNMENT! so apa tunggu lagi?


bye gangs!! :)


April 11, 2011

Siapakah Beliau?





Korang kenal tak Fynn Jamal? Dia ada nyanyi lagu "150 Juta". Lagu ni I tak pernah pulak dengar dekat corong salur paip. Eh eh!! Bukan bukan. Corong salur radio. Mungkin sebab diri ini yang sangat jarang bukak radio. I dengar her song pun masa sem lepas. I pun tunggulah dia keluar Melodi ke Muzik Muzik ke. Tak ada pulak. Atau pun I yang terlepas setiap episod yang ada dia?

After I godeh-godeh internet and google her name. I baru dapat tau dia ada blog jugak!! Macam tite semua! Not bad gaklah blog dia. Dalam blog, dia banyak buat entri berbaur dan berunsurkan puisi, sajak dan setiap perkara yang berkaitan. Dia sangat pandai mencipta puisi sendiri. Mungkin daya imaginasi dia tinggi. Kalau korang curious sangat nak tau. Ni link blog dia. Fynn Jamal. Nak dengar lagu 150 Juta dia pulak. Pepandailah korang Google type title lagu dia. Nak download video die. Internet tak mengizinkan :P (padahal pemalas)

Enjoy!!!





April 8, 2011

Kembar Ke?



malam semalam punya semalam.
I keluar dengan my friends pergi Changlun.
nak beli basic things yang dah habis.
masa I nak withdraw money dekat ATM.
ada sorang pakcik ni macam nak tak nak beratur depan I.
I dahlah nak cepat.
so I asked him either die nak beratur or tak.

dia jawab, "kalau awak nak keluarkan dulu, beraturlah depanlah."

loyar buruk pulak eh ko. -_-"
I pun geleng kepala cakap tak nak.
tak sopan pulak tetibe nak ke depan.

tetibe dia dan kawannya tanya macam-macam soalan dekat I.
siap tegur beg I dengan Chot sama.
I pun "kencing" pakcik tu cakap yang I dengan Chot ni kembar.
tak sangka pulak dia percaya.

celah mana kiteorang ni muka sama

senang betul pakcik ni kena tipu. -__-"

dia kata, "padanlah muka kamu berdua sama."

celah mana pulaklah muka I dengan Chot sama?????
I pun iyakan jek.
malas nak layan.

macam-macam soalan dia tanya PLUS dieorang siap tunggu kiteorang withdraw lagi!
scary betul.
lepas capai duit dengan rakusnya dari mesin ATM yang lembab tu.
I terus tarik tangan Chot blah dari situ, tak hiraukan pakcik-pakcik gatal tu panggil.





persoalannya: kenapa pakcik zaman sekarang gatal?

April 7, 2011

Jungle Girl


beberapa hari yang lepas.
I just done with a photoshoot.
lepas I heret Syau.
maka terciptalah gambar dalam hutan ni.


muka pondan -_-"

gua sesatlah weyy!!!

muka mintak penamporr..

control machoooo~

siap panjat pokok lagi tuuu!!

I lah Tarzan Girl!!
muka poyo dapat amik gambar..
hohoho~


iklan Kamera DSLR Nikon :)