I been searching, googleling tips nak jaga rambut especially bagi yang bertudung macam i ni. wey. jangan ingat yang pakai tudung ni tak perlu jaga rambut. buat pengetahuan korang. sebenar-benarnya. yang memakai tudung nilah memerlukan penjagaan rambut yang lebih tau. hah. jangan buat tak tau plak. dah bagi tau ni. so. apalagi. pegi kuar sana buat rawatan rambut stim ala-ala iklan Rejoice tu. "guna jari pon boleh".
Bukannya apa. actually girls yang memakai tudung ni tak realize yang rambut mereka semakin berminyak, kusut, kasar macam penyapu lidi umah aku, busuk? hah! tak payah cakap ah. kutu pun tak boleh hidup sebab bau pekung sangat! ~_~"
So. disebabkan malas nak pegi salon bagai tu kan? apa kata korang buat jek sendiri rawatan rambut kat rumah. jimat duit lu babe! hehe.
So antara perkara yang korang kena take serious while cuci'ing your precious hairs adalah :
1. Lagi bagus bila korang syampoo. korang gunakan air panas suam. tapi jangan plak korang pegi curah air panas mendidih kat kepala tu. ada yang terus tak ada rambut kang. suam eh? and masa syampoo rambut. tumpukan pada kulit kepala korang sebab itulah tujuan cuci rambut. buang segala kekotoran yang ada atas kepala korang. DAN! elak daripada menggunakan kuku anda yang panjang dan tak berpotong tu dari menggaru kulit kepala semasa syampoo. sebab itulah yang membuatkan kulit kepala luka dan banyak berminyak. ok?
2. After syampoo tu. luangkan masa sekejap untuk lumur masker kat rambut. kalau taknak buat setiap kali syampoo. paling teruk pun buatlah seminggu sekali. masker rambut ni memberi nutrien kepada rambut kita yang kering ni. dia melembabkan juga rambut kita. eh. betul ke aku eja lembab tu. ni bukan lembab macam siput bab1 tu tau. ni lembab yang lembab. moist ah senang cakap. ceh bajet pandai speaking ah? Kalau korang perasan. after syampoo. rambut korang sebenarnya akan jadik agak kering tau. so masker ni berfungsi kembalikan kelembapan rambut kita. Bila pakai. tumpukan hanya pada hujung rambut ye? Jangan plak kau lumur dari hujung rambut sampai akar rambut. Kulit kepala jadik berminyak nanti. and, pastikan masker korang jangan tercampur air. tak bagus. ok?
3. Then after da buat 1 dan 2 tu. avoid dari keringkan rambut guna hair dryer! tak bagus. sia-sia korang pakai itu ini. pastu keringkan guna hair dryer. bagi yang bertudung. avoid pas syampoo rambut then terus pakai tudung! macam jadiknya! nanti hujung rambut berbuah. and kalau boleh jugak jangan balut rambut dengan towel sebabnya. rambut korang jadik terkepam. bau naik = busuk! so better korang amik towel. lap plan-plan rambut tu. jangan kasar-kasar sebab rambut yang basah ni kekuatan dia kurang. boleh tercabut dengan mudah. then, korang keringkan under kipas not air cond!
Selain itu jugak. wah ayat macam conclusion essay. nak bagi rambut wangi dan tak tercabut time tidur. korang gunalah sarung bantal silk. silkkan licin. so dia tak merangsang sangat rambut untuk tercabut bila korang tidur. tapi kalau kat hostel. mana pulak da nak carik sarung bantal silk. then, i jugak selalu amalkan tabur baby powder atas bantal before tidur. dia buatkan rambut kita wangi. itu kalau kat rumah ah. kat U sempat pulak kau nak tabur bedak, bunga rampai bagai. mata da ngantok terus pengsan nampak bantal.
Senang jek bab jaga rambut ni. there are tips for yang bertudung. bagi yang rambut panjang. korang akan ikat rambut before pakai tudungkan? so pastikan ikatan tu tak terlalu kuat. sakit rambut tu. biasa-biasa sudah. asalkan rambut tu tak tercabut.
So. nilah antara tips yang i selalu amalkan. boleh ah nak dikongsikan dengan korang. so.have fun!
2 comments:
thanks! nak try lah! ^^ eh tapi kan, masker macam mana tuh sebenarnya? ada jual kat kedai ke? eheh
amie..masker rmbut mcm Sunsilk pnye, Dove.ikut kesesuaian rmbut.die bgus untk lembabkn rmbut yg kring :)
Post a Comment