October 30, 2010

Destination 2: Hong Kong

ok. entri kali ni kita cerita pasal HK ok? entah macam ne plak terfikir nak cerita pasal HK ni. entri sebelum ni dah pernah cerita. tapi tetap nak cerita lagi. entri ni nak cerita kat korang tempat best kat HK tu kalau korang ngidam nak pegi sana untuk bulan madu nanti. tapi i more too cerita through these pictures because. korang pun tau that pictures can tell story better than words. so. enjoy :)

Hong Kong this way :)

Hong Kong! here i come!!

da landing kat International Airport of HK. sesampai jek. terus mengigil. sejuk beb! kteorang menetap di Kow Loon. menetap? ko ingat ko tu terus dok sana ke? perasan! ~_~"

hmm. favourite pic i. miss you all.

hah. tempat ni tak salah i nama dia K11 kot. shopping mall ah kira.

abaikan muka aku yang macam budak tadika tu. kat HK ni mostly people dia suka berjalan rather than naik kereta. kalau pegi dekat-dekat ah. kalau jauh sampai 70 km. mati ko kalau nak berjalan kaki.

tempat shopping? SOGO sudah. haha. jangan korang ingat kat Malaysia jek ada SOGO tau. bebarang dia boleh ah tahan. boleh tahan MAHAL! tapi kalau da berjalan tu tak sahlah kan kalau tak beli apa-apa? tu yang i borong barang Roxy sampai 550 HK Dollar. sorry ah. i ni addicted sikit dengan Roxy :)

tempat yang selalu dituju oleh most tourist kt Hk ni adalah AVENUE OF STAR. tempat ni dekat dengan laut. cantik sangat permandangan dia. apa yang ada kat tempat ni? tempat ni dia macam ala-ala WALK OF FAME dekat LA tu. bila korang jalan-jalan. korang akan nampak bintang besar bawah tapak kaki korang. and kat bintang tu adalah nama-nama seniman-seniwati negara mereka macam Jackie Chan bagai. siap ada cop tapak tangan dieorang lagi :)

hah. tulah bintangnya. tengok bintang. jangan tengok muka i then judge. "eii. comel ah budak ni". ok. tipu. NEXT!

ni gambar dekat AVENUE OF STAR :)

korang nampak tak beg shopping bebanyak kat tangan i tu tak? hah itulah sebab utama yang membuatkan duit melayang hilang dimamah usia. -_-"

then. kalau korang nak pegi beli-beli barang kat pasar malam dieorang. korang kena naik underground train dieorang menuju ke Mong Kok. kat situ ada pasar malam nama Lady's Night Market. macam-macam ada. dia macam pasar malam kita juga ah. tapi yang lainnya. pasar malam dieorang dekat HK. -_-"

HK. dengar jek nama tu. korang mesti akan terus terbayang DISNEYLAND kan? kan? bayang cepat!!!

akhirnya. dapat juga aku tawan DISNEYLAND ni. wahahahahahahah! *gelak bangga+jahat.

amik gambar memang hobi ye? selangkah berjalan. beribu gambar diambil.

amik lagi.

dan lagi. DAH AH! MOVE ON!

korang akan jadik gila bila masuk sini. memang ah best tempat dia! wajib pegi HK then pegi DISNEYLAND tau! WAJIB!!

amik gambar lagi. wey. memory card kamera ko berapa hah??

gambar ni pun ko nak upload ke?? *emo.

ok. perkara penting. bila datang DISNEYLAND. MUSTI AMIK GAMBAR DENGAN MICKEY!
kalau tak. hidup akan kelam tanpa cahaya penyuluh. ~_~"
i da amik gambar dengan MICKEY. korang bila lagi? nak pegi ajak eh? nak ikut -_-'.

October 29, 2010

Tips Menjaga Rambut Bagi yang Bertudung

I been searching, googleling tips nak jaga rambut especially bagi yang bertudung macam i ni. wey. jangan ingat yang pakai tudung ni tak perlu jaga rambut. buat pengetahuan korang. sebenar-benarnya. yang memakai tudung nilah memerlukan penjagaan rambut yang lebih tau. hah. jangan buat tak tau plak. dah bagi tau ni. so. apalagi. pegi kuar sana buat rawatan rambut stim ala-ala iklan Rejoice tu. "guna jari pon boleh".

Bukannya apa. actually girls yang memakai tudung ni tak realize yang rambut mereka semakin berminyak, kusut, kasar macam penyapu lidi umah aku, busuk? hah! tak payah cakap ah. kutu pun tak boleh hidup sebab bau pekung sangat! ~_~"
So. disebabkan malas nak pegi salon bagai tu kan? apa kata korang buat jek sendiri rawatan rambut kat rumah. jimat duit lu babe! hehe.

So antara perkara yang korang kena take serious while cuci'ing your precious hairs adalah :

1. Lagi bagus bila korang syampoo. korang gunakan air panas suam. tapi jangan plak korang pegi curah air panas mendidih kat kepala tu. ada yang terus tak ada rambut kang. suam eh? and masa syampoo rambut. tumpukan pada kulit kepala korang sebab itulah tujuan cuci rambut. buang segala kekotoran yang ada atas kepala korang. DAN! elak daripada menggunakan kuku anda yang panjang dan tak berpotong tu dari menggaru kulit kepala semasa syampoo. sebab itulah yang membuatkan kulit kepala luka dan banyak berminyak. ok?

2. After syampoo tu. luangkan masa sekejap untuk lumur masker kat rambut. kalau taknak buat setiap kali syampoo. paling teruk pun buatlah seminggu sekali. masker rambut ni memberi nutrien kepada rambut kita yang kering ni. dia melembabkan juga rambut kita. eh. betul ke aku eja lembab tu. ni bukan lembab macam siput bab1 tu tau. ni lembab yang lembab. moist ah senang cakap. ceh bajet pandai speaking ah? Kalau korang perasan. after syampoo. rambut korang sebenarnya akan jadik agak kering tau. so masker ni berfungsi kembalikan kelembapan rambut kita. Bila pakai. tumpukan hanya pada hujung rambut ye? Jangan plak kau lumur dari hujung rambut sampai akar rambut. Kulit kepala jadik berminyak nanti. and, pastikan masker korang jangan tercampur air. tak bagus. ok?

3. Then after da buat 1 dan 2 tu. avoid dari keringkan rambut guna hair dryer! tak bagus. sia-sia korang pakai itu ini. pastu keringkan guna hair dryer. bagi yang bertudung. avoid pas syampoo rambut then terus pakai tudung! macam jadiknya! nanti hujung rambut berbuah. and kalau boleh jugak jangan balut rambut dengan towel sebabnya. rambut korang jadik terkepam. bau naik = busuk! so better korang amik towel. lap plan-plan rambut tu. jangan kasar-kasar sebab rambut yang basah ni kekuatan dia kurang. boleh tercabut dengan mudah. then, korang keringkan under kipas not air cond!

Selain itu jugak. wah ayat macam conclusion essay. nak bagi rambut wangi dan tak tercabut time tidur. korang gunalah sarung bantal silk. silkkan licin. so dia tak merangsang sangat rambut untuk tercabut bila korang tidur. tapi kalau kat hostel. mana pulak da nak carik sarung bantal silk. then, i jugak selalu amalkan tabur baby powder atas bantal before tidur. dia buatkan rambut kita wangi. itu kalau kat rumah ah. kat U sempat pulak kau nak tabur bedak, bunga rampai bagai. mata da ngantok terus pengsan nampak bantal.

Senang jek bab jaga rambut ni. there are tips for yang bertudung. bagi yang rambut panjang. korang akan ikat rambut before pakai tudungkan? so pastikan ikatan tu tak terlalu kuat. sakit rambut tu. biasa-biasa sudah. asalkan rambut tu tak tercabut.

So. nilah antara tips yang i selalu amalkan. boleh ah nak dikongsikan dengan korang. so.have fun!

October 27, 2010

Destination 1: Bandung, Indonesia

Lately ramai my friends asked kalau nak bercuti kat mana best. so i said Bandung not bad. so korang tanya. apa yang best? shopping murah ke tak? makan sedap tak? wei..air liur guwa tak cukup ah nak cerita sama lu ah kan? so i cerita sini jeklah eh? pastu kompem korang berebut nak pegi bila PTPTpu masuk. ok ah. tak nak membebel lelama sebab korang pun mesti tak sabar nak tau apa ada kat Bandung tu.

First time i fly without wings pogi Indonesia masa 2009 kot. then powgi lagik time 2010. Indon tu kira macam ghumah kedua ah untuk bershopping. macam-macam ada! mintak ah apa pon. semua dapat. exception kalau korang datang sana pastu mintak mee bandung dengan air bandung memang nak kena pelempang ah -_-'

Bandung ni kalau pi best shopping ah. kalau korang bawak duit rm 1000 pon.. tak cukup. mesti korang meraba carik ATM nak withdraw duit. memang best wow! bayangkanlah. baju t-shirt selai harga rm3 jek. cepat bayang sekarang!! makan pun murah jek. pizza hut kat sana pun memang berbaloi makan. MURAH. itu penting ye. highlight disitu. bebarang branded pun murah. masa pegi dulu. i ada ternampak winter coat Roxy. harga. rm100 saja. tapi sebab gatal taknak beli. konon jarang berjalan tempat sejuk. hamek ko! melepas! balik Malaysia termimpi-mimpi plak.

masa kami pegi. tak risau about accommodation and transport kat sana sebab my brother ada contact-contact dengan orang kat sana. so memang best. semua dia siapkan. just datang and ENJOY!

masa 2009 i landed kat jakarta so kena naik kete travel via highway untuk pegi ke Bandung

yang ni masa 2010. land kat bandung. airport dia kecik sikit ah daripada airport jakarta.

ni masakan padang. dia ada banyak lauk. pening nak pilih.

nampak tak kat menu dia perkataan lucah sikit. sup bontot. sup bontot tu sebenarnya sup ekor. so jangan plak korang pikir dieorang masak bontot betol-betol. pastu geli. konon cakap.
"i dont eat ass". memang nak kena. -_-"

ni makanan sunda. sedop gak.

hah. nampak dua orang nyanyi tu? normal kat indon kalau korang tengah makan or shopping. even jalan jammed traffic rosak. ada orang datang main-main gitar, gendang bagai. tu maknanya nak korang menghulur. ringankan beban. actually best tau and terhibur tengok mereka ni.
part ni. dieorang tengah menghiburkan dua orang mengandung tu. baju putih tengah dengan mem topi rimau tu. grrr~

antara places yang very interesting untuk dilawat. tempat ni adalah volcano. tapi jenis yang da mati punya ah. so no worries :)

hah. ni plak taman bunga mereka. nampak tak muka kerut merut tu. hah tu muka bajet nak amik gambar sambil tahan sakit perut. tu yang jadik muka tu.

hah. kalau korang powi sana. suruh tour guide tu bawak korang pegi Safari die kat Puncak.best wow! before masuk safari. korang akan nampak stall jual karot dengan banana berderet kat tepi jalan. tu bukan jual untuk korang tapi untuk binatang kat dalam.
safari ni lain sikit. kita akan masuk guna vehicle kita sendiri. binatang die lepas macam tu jek. so kalau sapa gatal bawak basikal datang. sedap ah lalu kandang rimau. keluar tinggal basikal jek.

dia punya best. hanya my mum jek boleh bagitau. excited giler sampai nak bagi makan zebra tercucuk lobang hidung zebra tu.
"adoi makcik! sakit!", zebra tu jerit.
-_-"

ni plak tempat bermandi air panas.

ni nama dia MONAS. ala-ala KLCC.

tempat shopping best: Rumah Mode. kat sini banyak baju branded. high class tapi MURAH.
selain tu. ada place nama ParisVanJava = Paris Di Jawa. kononnya. tapi sebab tenet lembab macam Gary Spongebob. so tak dapat ah guwe kongsi dengan kamu semua. nak tau lagi tempat best kat Indon. ada berokband. cucuk. connect. kau google ah sendiri. segalanya lebih mudah dengan Maxis :)



October 25, 2010

Hurt and Hurting

auch
tajuk entri tak boleh blah
haha
very the GEDIXS!
tak ada apa sebenarnya
setakat nak hilangkan keboringan yang melanda
otak da naik tepu tengok buku yang merangkap bantal tidur ku
ok
sangat tipu ok!
wey
budak kat bawah ni
boleh pulak jerit jerit macam nampak pocong
jap
nak marah jap
WOI!! SENYAPLAH (*&^$%*&)!! KAU TAK TAU KE ORANG NAK FINAL!! &%&$#^!!
ok..da :)
apa aku nak tulis ek?
*garu kepala
perut ku lapar
eh Sheril!
perut lapar pun nak bagitau satu dunia ke??!
biol punye budak
hoh
tak boleh bagitau eh
actually
diri ni sedang mengira
manalah duit tabung guwe yang mula mula ada seratuih habis untuk MINGGU ni ya!
MINGGU INI
sila highlight di situ ye
agak terkilan ah bila bukak purse tengok ada sepoloh hengget jek
boleh ah tu bawak makan chicken chop satu :)
so
Sheril
kenalah kau mengikat perut
hmm!
kenalah tu dengan motto kau bulan ni
"BERSAMA MENUJU KEKURUSAN"
marilah ye
kita melantak burger..
makan burger boleh kurus tak ek?

Hot Story Weh!

ello! :)
actually im not suppose to post entry because da nak final and assignment still got the balance..
tapi..pedulik hapa! nak jugak post! ada guwa kisah? owh tidak..
ni..nak beritau korang semua satu cerita ni..
alamak..ngumpat ke?eh..taklah nyah..
ceh..padahal ngumpat ni memang keje ko..
nak cerita ni..kalau kita tak sukakan sesuatu pekara ah kan..perlu ke kita post kat blog ke FB ke twitter ke? tak ke terfikir akan ada orang yang terasa..marah dengan kita..buat orang benci kita..
eh tak taulah pulak mak kan nyah..hmm..fikir sekejap..........
ok da..tak ada!
adalah hamba abdi ni..dia cakap pasal diri dia..memanglah malaysia ni have a freedom of speech but sometimes kite kena consider jugak perasaan orang lain..tak boleh ah nak main cakap jek..
silap-silap hari bulan..ko yang dapat makan penampor..wahaha!
tulah..hidup ni jangan fikir kita sorang jek yang hidup..kita ada orang sekeliling..kalau nak orang jaga perasaan kita..kita jaga dulu perasaan orang..then kalau dia naik kepala..pijak jek! bagi peyek! tak payah pedulik pasal dia yang tak tau berterima kasih tu..
hidup ni macam gula..manis jek..tapi kalau korang sendiri da tabur cili atas gula tu..haha! pedaslah jadiknya..
owh..da ah..guwe ada kelas..mau chow dulu! toddles!

October 15, 2010

COMING BACK WITH...

perrggh..dah lama sungguh tak update blog..berhabuk da..kecian blog eh?meh sini mem lap eh?bbbrruupp..ops..sorry..kenyang melantak 2 bungkus nestum..sungguh tak bersopan ye kamu! siapalah nak pinang kamu nanti kalau perangai macam lelaki..hoho..ada jek..hahha..ok ok..tak nak merepek..
hari saya ingin berkongsi experience bermake up ye tuan tuan dan puan puan..make up ni sebenarnya telah diajarkan, diturunkan kepada saya masa join catwalk untuk eyes on me..ok..bukan catwalk yang Tyra Banks selalu join tu..ni setakat catwalk biasa biasa jek..*tapi tetap bangga -_-"..
make up ni dia tebalkan sebab katanya : "kalau malam kena bagi tebal dik..coz nanti tak ada sape nampak kita ni pakai make up"..oklah bang..dia pun startlah menabur make up di atas muka ku yang huduh ni..
mula mula dia amik foundation..kalau malam..dia syorkan bagi foundation bagi tebal..perrgh..memang da tak boleh nak bukak mulut..tebal sangat..tersumbat liang roma saya bang! pas dia tabur foundation tu..abang tu pakaikan kat muka ni bedak a.k.a compact powder..dia tonyoh tang sini..dia tonyoh tang sana..jadiklah muka pontianak harum sundal malam..hoho..
then dia target mata dulu : "eh..lawanya mata adik..bersinar sinar"..ok..tipu jek..masa dia target mata..dia carik eye shadow warna putih..dia kata letak warna putih ni dulu..kalau boleh tebalkan supaya warna atasnya akan nampak jekas..jekas plak..excited punya pasal..salah eja sampai..ish..JELAS!
dia da tepek warna putih tu..dia amik pulak kaler purple..oleh sebab mata ku ini tak nampak kelopak..so dia buat ekor kat hujung mata..then dia guna liquid eye liner untuk buat ekor luar eye shadow..faham tak?entah..saya pun tak faham..tengok jek ah gambar beruang kutub kat bawah ni..penat ah bercerita bukan korang faham pon..


muka kembang semangkuk dapat jadik model untuk beberapa saat..ceh..hah..macam ne dia bagi kening nampak cantik?mula mula dia lukis pakai eye liner pensil..then baki baki kening yang tak dilukis telah dipadam atau ditutup dengan foundation..then lipstick warna purple cair..before apply lipstick kat bibir..pakai VASELINE dulu tau..tak nak bagi bibir kering :)


itu jeklah nak cerita..ni nak kongsi muka goli den..jangan mimpi ngeri pulak ye?

October 5, 2010

MARI BERMAGIKA



HAH!! sekarang ni cerita meletup letup macam gula gula pop..yang masa kecik kecik dulu selalu buat makan sebab rasa gembira bila gula tu meletup dalam mulut..ni..nak syorkan korang pergi tengok MAGIKA..memaang best..pakwe yang nak bawak makwe tengok wayang tu..bolehlah pilih cerita ni..memang meletup! UUMP! family sangat disyorkan tonton cerita ni..cerita ni menerapkan nilai kekeluargaan, kasih sayang adik beradik, sopan santun, adab bercakap dengan orang tua..memang bagus ah..
cerita MAGIKA ni menampilkan hampir kesemua pelakon adalah artis terkenal dalam Malaysia ni..50 peratus kesemuanya menyanyi sendiri dalam filem ni..bila korang tengok cerita ni..dia ala-ala cerita lama versi kelakar..korang akan kenal balik semua watak-watak Melayu klasik..


dalam cerita ni ada M.Nasir berlakon jadik penunggu Tasik Chini..wah! cara die menyanyi then marah..memang meremang ah bulu roma tengok! da macam tengok cerita hantu woo..



then korang akan jumpa watak antagonis dalam filem ni..Ziana Zain..sebagai nenek kebayan..memang menjadi lakonan dia! salute to Ziana! selain tu ada Maya Karin sebagai puteri bunian. Aznil dan Raja Azura sebagai Pak Pandir dan Mak Andeh..sapa yang tengok Putera Shazlan..hah..si Shazlan tu berlakon sebagai Malik..adik kepada Ayu..


hah..part jiwang Ayu dengan Bad a.k.a Badang..haha..ni Diana Danielle dengan Mawi yang mainkan watak tu..memang best..Mawi pon da kira ok berlakon..tak ada kaku macam dulu..


haha..ni watak comel Bawang Merah dan Bawang Putih..adik beradik Sharifah Aleya dan Sharifah Amani berlakon..sangat comel..suka!..sweet..selain tu ada Nabil, Senario, Vanidah Imran, Norman Hakim, KRU dan ramai lagi ah! jangan lupa pergi serbu panggung tu tengok cerita ni..pasti akan keluar sambil bernyanyi..berangan di alam MAGIKA...