June 24, 2011

Silent Fast Foods



Assalamualaikum! Dah lama tak update blog ni. Busy ah sejak akhir-akhir ni (tipu). Hehe. Well actually tak adalah busy sangat. Cuma malas nak update sebab tak tau nak update apa. Hidup ni dipenuhi dengan bermain game and habiskan every seasons of Charmed. Sebab tu rasa diri ni macam busy. Tehee.


Baru-baru ni I pergi bercuti ke Sarawak (will update soon). Tak lama kat sana. Tiga hari jek pun. Banyak lagi kerja tunggu dekat rumah kalau nak holiday lelama. Masa I kat sana. First night dekat Kuching, after penat melilau membuang duit. We all carilah fast foods untuk take away dinner, makan dekat bilik jek. Tour guide kami pun bawak kami ke sebuah mysterious KFC.


Memang mysterious giler! Bukan sebab location atas bukit dikelilingi kubur or bangunan lama dan usang dijadikan KFC. Sebab masuk KFC tu senyap jek. Nak tau sebab apa? Sebab KFC tu punya employers are OKU. Mereka semua tiada upaya pendengaran (pekak) dan tiada upaya percakapan (bisu).


Memang agak susahlah nak order without verbal communications. Sebab selalunya sampai counter terus cakap nak apa tanpa tengok menu. Before masuk KFC I dah nampak sign OKU and I was like "haha.macam mana nak order" sambil garu kepala yang tak begitu gatal. Lepas I buat isyarat tunjuk pintu yang bermakna take away. I pun meraba menu dekat counter tu and tunjuk 1set Dinner Plate.


Sambil buat isyarat ibu jari masuk mulut dan tunjuk Mirinda Strawberry, I berfikir "macam mana aku nak cakap yang aku nak dua dada dengan paha". Dengan rasa tanpa malu, I buat gaya ayam sambil kepak-kepak tangan and tunjuk paha and dada. I perasan ada setengah pekerja dia dekat dapur ketawa tengok I buat macam tu. Bila dia tengok I buat macam tu, dia pun keluarkan senarai bahagian ayam. Masa dia keluarkan, I rasa macam orang bodoh gila buat aksi tak malu tu. Kenapalah tak dari awal dia tunjukkan senarai tu. Nasib I sorang jek pelanggan dalam KFC tu. T_T


Tu cashier I. Nama dia Edwina. Ingat lagi tau! Hehe.


Nasib tak order Pocketful. Kalau order, macam mana pulaklah aksi Pocketful I.
-__-"


4 comments:

Gadis Pantai Timur said...

nakal lak..tak pernah lagi gi kedai OKU..tapi bagus lah owner KFC ni bagi peluang kerja kat OKU..

Sheril Azni Aida said...

haha.mmg pun bagus.die bg OKU pluang pkerjaan :)

::alfie:: said...

hahahaha sengal ! haha

Sheril Azni Aida said...

sumpah ak malu giler kot wat aksi aym tu.hahaha