January 29, 2011

Photoshoot Vintage


hari ni memang best sebab kulit burn gara-gara syok amik gambar.
terima kasih matahari!

saya tak expert posing-posing amik gambar.
kita try jek eh?
jangan lupa sediakan baldi hijau dekat sebelah korang.
just in case pose tu terlalu meloyakan tekak.


pose mak carik anak tak jumpa.
*hampa.

pose askar yang kena reject.

i try to walk away from you.

but i just can't.

perangai kanak-kanak terserlah.
saya pergi bersama Chot yang tercinta dan Alfie.

jadik gila sebab terlalu panas.

tengok awan bentuk kereta BMW.

pose dalam semak sambil tahan rasa takut dengan ular.

pose hidung kembang.
kadang-kadang anda patut try pose ni tau :)

pose carik pakwe tak sampai.

pose merah itu tanda berhenti.

pose pening kepala tengok pose sendiri.

da habis memecahkan lens camera.
kita pergi makan!!

tadaaa!!



Unexpectable Event


hallo!!
semalam kami merayau peri tengok cerita Khurafat setelah PTPTN masuk akaun.
apa lagi.
enjoy ah.
memang kerajaan masukkan ptptn tu untuk aku enjoy kan?
gigih tengok cerita Khurafat yang rasanya hanya 6 hinggit jek tengok.
lagi 4 hinggit tutup mata.
rugi-rugi.

Team High Pitch menyerang Jitra Mall!!

but!!
ada pulak perkara yang tidak dirancang terjadi.
enjin kereta tak boleh start sebab lupa tutup lampu kereta for 2 hours.
bateri habislah.

masing-masing kunci pintu tak nak keluar kereta.
sambil fikir nak buat apa.
kitaorang still boleh ketawa-ketawa.
sumpah tak reti takut.

so the only solution kena mintak tolong orang untuk jumping kereta kami.
at last Nadia dengan Cha gerak jalan kaki pergi kedai burger berdekatan.
kami pulak bersandar jek dekat kereta tunggu dieorang.

soalan cepumas Nadia tanya abang burger.
direct!
"abang ada kereta?"

da soal jawab dengan abang tu.
syukur sangat die ada jumper.
huuu.
sumpah lega gila masa tu sebab still ada lagi manusia yang berhati manusia.
sanggup tolong kami.

thanks semua!!

operasi jumping bermula.
masa jumping kereta.
I did snapping picture.
abang tu meloncat terkejut ada flash sebab dia ingatkan jumper meletup.
sumpah lawak!



abang yang banyak berjasa kepada kami.

penonton aksi jumping.

muka lega selepas kereta dapat dihidupkan.

kids, don't do this at home.
*sambil goyang jari telunjuk.


January 25, 2011

Birthday Party and Photoshoot.



awww.. lamanya tak update blog ni.
rindu rasanya jari ni nak menari atas papan kekunci laptop ni.
yelah..
naik semester da busy.
busy tengok cerita korea.
busy main game dekat facebook.
*bukan busy buat assignment..


actually da lama da nak update pasal birthday suprise ni.
khas untuk si Chot dan Alfie.
my besties :)
birthday mereka berdua ni jatuh time exam semester lepas.
masing-masing busy.
*kali ni busy study :)
so tak sempat nak celebrate.
at last dapat gak rancang suprise party untuk mereka naik semester ni :)


birthday girl and birthday boy.

kesemua orang kuat untuk suprise party ni :)
thanks sayaaang!!

girl in white dress is the party planner :)
everything goes exactly perfect as we all planned.



lepas tu plan ingat nak tengok khurafat bersama.
tapi movie start at 9 pm.
kami tak boleh nak balik lewat sangat.
biasalah duduk universiti,
ada curfew :)

then kami pun buat keputusan untuk bergambar ala photoshot.
hasilnya: ......

main teng-teng kejap.

pencarian model.
model-model saya yang sangat berdedikasi sampai sanggup baring atas jalan
-_-""


apabila mereka buat perangai pelik :)

aksi serius bertukar tak serius.

pencarian bakat angkat berat.............

merekalah penhibur saya ketika duka lara.
mereka juga teman ketika bergelak ketawa.
tanpa mereka siapalah saya.
saya sayang mereka gila-gila!!!

:)

January 22, 2011

Classes and Friends


seminggu berada dekat UUM.
macam-macam dah dilakukan.
pergi kelas yang start pukul 8 pagi.
mandi air sejuk sambil terlompat-lompat pukul 6.30 pagi.
bergelak macam anak jin dengan kawan-kawan.
macam-macamlah.

ni mummy kami semua dekat U.
bukan mummy betul ah.
she is one of my friends yang selalu amik bahagian untuk jadik mummy kteorang.
she is very caring.
betul-betul macam mummy.
da boleh kawin ah lepas ni!


memperkenalkan:
dari baju orange putar ke kanan.
Cenna, Fatin, Nad, saya, afie budak hot stuff!

semester ni amik kelas majoritinya dengan senior semester 6.
terkial-kial gak ah nak masuk.
segan pun ada.
subjek amik pun berat-berat.
ada satu subjek ni.
memang berisiko tinggi nak amik.
tapi apakan daya.
terpaksa.
nak tak nak kena amik gak nanti.
nak tau subjek apa?
"Analisis Risiko"
dengar nama subjek pu da tau dah -_-""

nilah antara senior kelas Analisis Risiko.
tak nampak macam orang umur 23 tahun.
macam 3 tahun perangainya.
haiissh!



after dah masuk semester 4.
barulah nak melangkahkan kaki gajah ni ke Galeri dekat Canselori.
datang situ pun sebab ada hal nak selesaikan.
kalau tak memang taklah kan nak ke sana.

habis jek menguruskan hal.
masuklah galeri carik si Cenna and Chot.
dieorang cakap gambar saya ada kat galeri tu.
wow!!
terkejutnya! tergamam kejap.


muka terkejut giler.


gambar masa pertandigan pancaragam dekat Hong Kong.
dapat Gold Awards tau :)
terharu kejap.



da masuk tempat cantik mestilah kena bergambar kan??
ni lah hasilnya.


will update next entry!
:)

January 14, 2011

New Semester New Spirit!



new semester for me
second year for me
21st birthday year for me
what else?
everything would be new for this year!!

new garments
new phone (exchanged dengan abang. untung ada adik beradik ramai :))
new spirit!!
itu penting
orang lain da start buat assignment
aku pulak baru terkedek-kedek naik semester baru.

so mulai esok.
blog ni jaranglah diupdate
sebab nak fokus pada belajar.

to readers!
SELAMAT MENJALANI TAHUN BARU.
SEMOGA TAHUN BARU+SEMESTER BARU NI BANYAK BERI ANDA SENYUMAN DARI TANGISAN :)


ciao bella!


January 11, 2011

Tutorial Shawl


hai semua.
dapat teka tak review entry lepas?
jawapannya tutorial memakai shawl.
siapa teka betul dapat singgit :)


tutorial ni guna satu shawl jek.
tak tau lah apa kebenda nama shawl ni.
tapi rasanya korang boleh carik shawl macam ni kat luar.
shawlnya berat-berat and tebal.

sorylah no videos.
gambar saja
senang sikit untuk korang tengok.
tak payah tunggu lama-lama nak loading kan?
:)

ok.
first.
kita try gaya yang orang selalu pakai dengan shawl jenis berat ni.


mula-mula korang panjangkan sebelah and pendekkan sebelah.
bahagian yang pendek tu jangan pendek sangat.
sederhana jek.
macam gambar kat atas ni.

then korang lilitkan yang panjang tu kat kepala.
lilit kemas-kemas.
yang pendek tadi korang biarkan jek dia tergantung.


ni hasilnya.


then
next one.
kita try gaya simple, cepat, pantas, ringkas.
lagi apa ek?
efisyen!


mula-mula.
buat macam tadi.
sebelah panjang sebelah pendek.
kali ni bahagian yang pendek.
bagi betul-betul pendek.
amik bahagian hujung shawl macam gambar atas.


then sekali lagi.
korang lilit yang panjang kat kepala macam gambar diatas.

then.
yang bahagian yang telah dililit tadi.
amik hujungnya.
dan pegang.
-_-"

then campak hujung yang telah dipegang tadi ke bahu anda.
macam ni.
sambil tu.
muka bajet comel.
*sediakan baldi.

hasilnya jadiklah macam ni
:)
simple jek.
boleh bawak pergi kedai runcit.
amboi.
ko pergi kedai runcit pakai shawl ke??


step seterusnya haruslah snap-snap gambar sambil posing geli.


then.
gaya last.
gaya Siti Nurhaliza Alim.
sesuka hati ko jek bagi nama gaya sendiri.
gaya macam ni ramai da orang kat luar rumah tu pakai.


macam gaya sebelumnya.
korang bagi sebelah pendek.
sebelah panjang.
dah lilit macam kat atas.
amik hujung sekali bahagian shawl panjang.


bawakan ke belakang kepala anda semua.
sambil memberi ruang dibahagian leher anda.


macam ni.
amik pin and pinkan yang hujung tadi kat kepala anda.
kemaskan shawl anda tadi.


then.
depannya korang akan dapat hasil macam ni.
nampak kan?


agak-agak nak lagi alim.
amik yang terjuntai tadi.
buat purdah.


3 gaya saja yang dapat saya kongsikan kepada anda semua :)
cubalah.
da berjaya amik kamera.
snap bebanyak gambar.
buat muka gembira.
macam budak ni.


-__-"

ciao bella!