November 29, 2010

Girls Night Out

Last night punya last night. I dikejutkan dengan kedatangan Cha dengan Dira.
Dieorang ajak makan luar dekat KFC. hmm. rezeki dah sampai. memang mengidam pun nak makan KFC.
sampai mimpi hidup ini dilimpahi dengan cheezy wedges. so apa lagi. setuju jeklah.

kami berenam dengan Cha, Dira, Wawa, Nad dan tidak lupa Chot :)
mula memang niat nak makan KFC jek pastu balik.
pastu kami buat keputusan meja bulat untuk tengok movie.
memang last minute punya hal ah.
try pergi tengok board citer apa yang best sekarang.
so kami decide nak tengok Harry Potter 7 yang tengah meletup-letup sekalang :P

mendongak semua nak tengok preview citer apa entah. I'm Still Virgin kot. alah. citer si King Farah berlakon tu. entah apa-apa jek :P

Nilah citer kami!!
ermm. bukan. citer yang akan kami tengok -_-"

mula-mula ingat nak tengok perempuan berambut panjang. eh!
bukan Cik POn POn ah!
Rapunzel.

sekali lagi bergambar. masih taknak tinggalkan Rapunzel :(

jalan-jalan cari pasal. jumpa Dr Rozmey ah!! woow!!
jom snap-snap dengan dia!
auch! I adore your.. HAIR!!!


kami teruskan aktiviti kami sambil menunggu dewan panggung bukak dengan aktiviti teka tekuk.
hmm. bukan main bising lagi tempat tu dengan suara kiteorang. haha.
Girls. what do you expect?

November 26, 2010

Bunyi Lapar

at last. I punya paper tinggal lagi tiga jek. gembira? tak payah cakaplah. suka sangat! gap pulak panjang. ni kalau tak dapat score A memang tak tau nak letak muka kat laci robok sape. kalau gap exam panjang. buat apa ek? study? tak nak ah. nanti baca lupa. ok. kite update blog nak? tapi perut yang buncit ni berbunyi walaupun da diisi dengan makanan pukul 6 tadi. padanlah gemuk. tssk.

ketika tunggu Miss Chot bersiap. sempat bergambar luar bilik. -_-"
turun dengan muka sembab dengan kantung mata yang sangat jelas. sapa tak nampak memang kau kena pegi hospital terus. -_-"


turun makan ni pun sebab meneman mister Alfie dan mister Syau sambil ditemani PA kesayangan I, Miss Chot. berfikir nak makan apa sambil buat lompat bintang depan kedai. apa yang sedap?

Mister Syau datang kemudian terus ambil langkah order kuey tiow sup. terbaik punya sup. pedas! kaw ah! I memang suke makan pedas-pedas sampai orang keliling cakap I tak sayang perut. agaknya lah kot. tu yang jadik buncit macam pregnant 11 bulan -_-"

Mister Syau mula beraksi dihadapan makanannya. Mister Syau ajar makan mulut mesti macam tu ye. senget. buat sekarang! pandai..... :)

hah. Mister Alfie pulak mengorder Chicken Chop saiz Regular. da licin pinggan tu. dia mengadu lapar lagi. ???. lelaki. normal.

Mister Alfie makan perlu masam muka. baru makanan dinikmati. ???.

I dengan Miss Chot tak tau nak order apa. nak makan berat. perut nanti makin berat. macam ne nak naik tangga nanti? so kami decide nak makan Mushroom Soup with Garlic Bread jek.
soup dia sangat likat. membuatkan anda sangat kenyang dan M.U.A.K! hehe.
nak tak muak buatlah sendiri!!

Miss Chot selera sungguh. makan sampai tak pandang left right. main lintas jek. ish.

I? hehe. even tengah berhadas kecil pun I still boleh posing. tu my advantage.haha.
SELAMAT MAKAN SEMUA!
yum yum :)

p/s: kepada Sekamar rindu. thanks kerana follow. nape tak dapat balas komen ek? macam-macam tol masalah.

November 25, 2010

Teman Hidup

I punya exam start 22 nov hari tu. ish. memang memeningkanlah tengok huruf banyak-banyak.sampai rasa nak alergik baca buku pulak *ada ke??. ceh. esok ad paper lagi. the 3rd paper then got gap dekat 6 hari untuk paper seterusnya. eh. esok paper? so apa lagi duduk depan lappy Sheril??? pegi study ah!

seriously. I da tak larat nak study. imaginelah. paper dekat-dekat. belum hilang yang kelmarin da kena sumbat benda baru. memory kepla saya da penuh! nak beli hard disk baru :D. actually nak perkenalkan teman study baru I. haha. human ke? nope. tapi cat!! I love cats :)

cat ni betina so I gave her name. Gugurl. so cute! sangat aktif. dari nak belajar terus pergi main kucing. hehe. terukkan diri ini? haha. hilang stress actually layan binatang ni. tak adalah stress sangat duduk depan buku.
*duduk jek tengok buku tapi tak bukak -_-".

meet gugurl!

dia ni cat yang merayau kat luar bilik. bila bukak pintu. tanpa segan silu dia masuk. hehe.
tengok tu. orang nak study dia buat main pulak :)
shoo cute!!

eh!! ni bukan Gugurl! haha. rindu budak ni :)
tak sabar nak balik nak cubit die :)

November 16, 2010

Thanks Lembu :)


saya ingin mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada lembu-lembu sedunia!
tanpa anda siapalah saya yang gemuk ini :)
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!


*GAMBAR DARI 2ND CAMERA. quality? rendah :P

November 12, 2010

i may not be the one you always want
but
i may be the one that you will always need.

November 10, 2010

Status: Banjir~

ya rabbi! fuh! lama betul tak berbelog ni. asal nak update jek mesti ada halangan. mostly halagannya terlupa ah. hahaha! actually nak cerita. dah dekat seminggu saya berada di rumah! HEAVEN! *ceh..jakun.. balik pun sebab banjir. hye what do you expect duduk belajar kat kedah pada hujung tahun. haha. ayat tak boleh lagi skema ah kan? all that i can say. B.A.N.J.I.R. exam? P.O.S.T.P.O.N.E. best?memang!~ tak best. sebab? lagi lama gap nak exam lagilah guwa malas nak study beb! aduhai.

tapi bukan exam yang mahu diceritakan kepada anda semua. hehe. tetapi bagaimana saya dapat meloloskan diri dari pulau Changlun itu. dup.dap.dup.dap. pada malam 4hb Nov yang lalu. kami pelajar UUM dikejutkan pagi itu dengan berita exam dipospon dari 8hb ke 22hb. lama tu! guwa nak buat apa dekat tempat ni?! nak balik!!!! *sambil mengegarkan besi tingkap. tapi. banjir~ apa boleh buat. tak pandai berenang. nanti tenggelam.

so suddenly si chot chot panggil buat mesyuarat tergempar dengan si nad nad. uish. apa ni? ada budak kena telan ikan jaws ke?? *muka excited nak gosip. -_-" bukanlah. dieorang ajak balik. nak apa? bot?? hehe. adalah.

kami mendapat bantuan daripada seorang Hamba ALLAH. seorang? abis pakcik driver bus tu ko nak lupakan dia?? tanpa dia. ko da tenggelam ah Sheril! *emo dapat balik. kami ada masa sejam jek untuk packing siap. then terus naik kete yang comel. bersempit-sempit. untuk pegi naik bas. ko bayangkan satu bas sepuluh orang jek! Bayang sekarang!!!

dengan bas tulah kami masuk dalam banjir yang meneggelamkan separuh kedai bundle kasut. takut, sedih T_T uish. jakun? tak payah cakaplah. semua ke depan nak tengok banjir. first time wow! tak pernah lagi dalam hidup ku yang cemerlang lagi gemilang ni tengok banjir secara live. terus menerus! uish. driver bus tu hantar kami sampai butterworth then amik bus pergi KL ramai-ramai. best! bus tu macam mak bapak kami yang punye!

ni nak cerita. M.A.R.I.A atau lebih dikenali dengan panggil manjanya ala-ala miau-miau MARYA. dia kawan dari asasi tapi baru berkawan time degree ni. cerita apa pasal die? cepatlah cerita!! dia ni baru first time jejak kaki kat tangga bus balik. masuk jek. fuuuu~ suara dia da tak payah guna mic sampai akak yang duduk seat belakang pandang slek jek kat kami. hahaha. bising sangat. dia ni memang best. excited giler ah. gembira tengok dia excited. haha.

dalam pukul 7 pagi kami sampai ke KL. area bukit jalal. si chot chot telah dijemput oleh pengarang jantung intan payung delima dia. sedap ah rumah dekat. saya dengan marya kena travel 5jam lagi balik JB. uish. tercabar minda dan fizikal. akhir. tersadailah ikan paus gemuk ni kat pintu rumah. hehe. study week saya? makan sambil besarkan badan ah. apa lagi. hehe.

rombongan mak kiah. wei! asal kepala guwe hilang??!

belah kiri guwe tu si cha cha. bukan cak cak. atas si cha cha. si t.t.q a.k.a TQ then si dayah dayah.

hah. makcik braces tulah si maria maria. excitedkan muka dia? :)

Butterworth Bus Station. si pakcik baju putih tu nama dia Arif. Superman kami :)

nak balik!! yea!!!

SHERIL! KO OFF LAPTOP SEKALANG! PEGI STUDY AH! ONLINE JEK! KO INGAT EXAM POLITIK KELUAR BAGAIMANA CARA BUAT BLOG??!

November 1, 2010

My Love: Haziq

uish. nak tanya ni. negeri korang hujan tak? dekat kedah ni. uish. da 3 ari berturut-turut hujan. dengar cerita petang tadi. highway changlun-sintok da tutup coz banjir. huhu. sedihkan? maknanya. tak boleh kuar pegi mana-manalah. tapi sedap gak hujan-hujan ni. tido sejuk jek. macam dalam aircond. memang syok ah! tapi tak syok sebab bila da sejuk sangat carik off button tak jumpa. -_-". kesejukanlah jadiknya.

so sebab tak tau nak buat apa selain mengadap buku-buku yang sekali pandang macam kamus dewan tu. tangan ni pun gatal ah pegi on laptop bukak Facebook . sampai kat home ternampak plak album baru yang baru abang upload. cek ah kejap. auch! ada gambar haziq yang baru. alo-alo. comelnya. geram seh tengok! rindu sangat kat si pipi labuh tu. da berapa bulanlah tak balik. biasalah. duk oversea. so susah sikit nak balik. kehkeh. oversea ke??

tengok Haziq..comelkan dia? GORAM EDEN!! emm. abang najmi sori eh crop. wahaha! :D

auch! yang ni lagi lah!

mereka ni pegi Mersing. ada BBQ. comel jek pic ni :)

kalau nak tau. Haziq ni jenis pendiam. mostlylah. kadang kadang buat lawak pun dia buat bodoh jek. senyum tak. ketawa? hmm. lagilah jauh. macam tak ada perasaan pun ada gak. contoh? tengok gambar atas. selamba jek tengok air laut tu. hehe.
tak pe. tak pe. nanti nak cuti balik rumah. dapatlah jumpa Haziq. wahaha! siaplah dia. :D