June 13, 2014

27 Disember 2013

Assalamualaikum

Dah lama tak bukak blog. Pastu diri agak jakun sampai terdelete semua post-post terdahulu. Kenapalah sengal sangat diri ni tak baca dulu betul-betul. Main tekan marked pastu tekan tong sampah jek. Haish. Okaylah. Post kali ni sebenarnya dah lama nak update tapiiii HAHAHAHA!! Macam tak tau jekkan kenapa tak update-update. 

BTW! I am officially someone's wife! Wow! Macam tak percaya jek. Dulu perangai budak-budak panjat troli konon buat macam skateboard. Ketawa berdekah macam kedai tu kau punya sorang. Mata gatal nak duduk cuci mata dengan kawan-kawan. Jadik pengkritik fesyen tak bertauliah ketika duduk di tepi kaki lima sambil menunggu bas pergi kelas. Akhirnya ada jugak yang masuk meminang aku. Haihh. Tuahnya kau badannnn. Nasiblah suami dapat isteri kepala gila-gila macam ni.

27 Disember 2013 tarikh yang bersejarah buat kami. Aku dinikahkan sendiri oleh abah aku dekat rumah. Kawan-kawan gathered tak kira dari Sabah, KL, Melaka, Seremban dan yang sewaktu dengannya. Touching ah kejap. Sanggup datang tidur bergelimpang dekat rumah untuk aku :')

Majlis nikah diadakan pada hari Jumaat selepas Isyak. Ambil berkat penghulu segala hari. Macam biasa aku memang tak ada rasa gugup ke berdebar ke apa sebab bukan aku pun yang lafaz akad nikah pegang tangan abah aku. Aku duduk goyang kaki sambil berselfie jek kat dalam bilik dengan kawan-kawan. Tapi lepas dengar perkataan SAH dari orang-orang kat bawah (nikah pakai mikrofon nak bagi satu taman dengar yang aku ni dah kawin) Terasa bahu ni berat sangat. bukan berat bawak kandar jual nasi. Tapi berat sebab aku tahu tanggungjawab aku dah bertambah dan tanggungjawab kali ni sangat specific. Tapi Alhamdulilah. 6 tahun bersama akhirnya percintaan kitaorang tak sia-sia. Hamboiiii!

Sebahagian kawan-kawan aku yang merangkap dulang girls paksaan (baju purple) dan pengapit bidan terjun (baju marshmallow pink). Disebabkan hal yang tak boleh dielakkan, pengapit asal aku tu sampai pukul 2 pagi hari pernikahan aku. So rembat ah pengapit dari Sabah.

Tangan orang nervous.


Ni lah suami kita. Eh eh terus gedik perangai.



Katanya rehearsal lafaz akad dulu. Aku ada ah tanya suami:

Aku: Nervous tak time nikah?
Suami: Tak. Tak rasa apa pun. Tapi time tunang tu memang nervous giler!
Aku: Pulak dah???



Amboi kembang semangkuk muka!





Officially husband and wife!


Lepas nikah tu adalah buat malam berinai besar. Aku pilih tema vintage. Dan rezeki akulah dapat dress English Vintage. Lepas nikah siap tu terus naik atas salin baju. Penat wey jadik pengantin salin baju bebanyak ni. Aku mula terfikir macam manalah orang zaman dulu kawin boleh tukar baju berhelai-helai? Kejap baju Jepun kejap baju Jawa kejap sari. Kuat betul mental pengantin zaman dulu ye?




Sebahagian adik suami :)


Gambo omak dengan abah.


Gambar adik-beradik aku.


Azu ghupe tak senonoh betui! Haha.


Pengapit malam 27/12/2013


Dulang girls.


A whole new complete family.

Kenduri kawin ni tiga hari berturut tau? Macam artis dah aku buat tiga hari berturut. Keesokkan harinya 28/12/2013 resepsi dekat rumah aku jugak dan akhir sekali 29/12/2013 majlis bertandang rumah suami. Nanti next post kita cerita pasal resepsi pulak ye? Byeeee!