May 30, 2012

Classical Items


Assalamualaikum

Tinggal lagi beberapa hari kaki nak melangkah ke final exam dan terus menghabiskan zaman-zaman student degree dekat UUM ni. Macam tak percaya aku ni dah nak habis belajar o_0  FINALLY!!! Setelah dicampur darab bahagi. Dekat 16 tahun aku belajar start dari tadika campur sekolah rendah, menengah, asasi and degree. Tu tak darab lagi dengan tuition, kelas latih tubi, sekolah agama yang aku pergi lagi tu. Pergghh. Lama tu aku belajar. Pasni dalam resume aku nak letak kerjaya/pengalaman: PELAJAR SELAMA 16 TAHUN. Agak-agak ada ke nak amik keje??


Tapi dua tiga ronok aku nak habis belajar ni sedihlah jugak. Nanti kat tempat keje sapa nak kawan dengan aku? Sapa nak pegi lunch dengan aku? Silap hari bulan aku pergi keje bawak bekal nasik lemak mak masak jek -_-" Sambil menghabiskan sisa-sisa masa dekat UUM ni. Aku and Chot melepak dekat C-Mart Changlun dari petang sampai malam. C-Mart pun bedal jek jadik tempat lepak kerana tu jek mall yang paling beso dekat Changlun ni. And we did found this!!!


Makanan kegemaran zaman hingus dulu! Rokaaaaa~ *angkat tangan sambil goyang-goyang. Penganti Ferrero Roche sebab dulu pergi sekolah bawak singgit jek. So tak mampu beli Ferrero Roche. Bangga tu dulu kalau birthday party buat dekat sekolah ada Roka. Bajet dah kaya giler bila dalam celah-celah goodies bag ada Roka disamping ada sumi, Mamee dan sebagainya. 0_0"



Jojo ni wujud lepas Ding Dang and Tora. Jojo ni kira paling mahal ah lepas Tora and Ding Dang. Merajuk dengan mak dulu kalau taknak belikan Jojo. Motif nakkan mainan dalam kotak tu then esok boleh bawak pegi sekolah sambil cakap "Semalam kita beli Jojo tau dapat mainan ni. MAHAL tau." Perkataan mahal kat situ ditekan dengan kuat bersama kalqallah. Dasar budak berlagak betol.


Aiskrim traffic light ni wujud time aku darjah 3 ke 4. Tak ingat ah pulak. Keluar jek pagar sekolah terus kerumun uncle Bangla yang naik motor bersama payung besar. Dulu aku selalu tertanya. Tak terbalik pulak motor dia bawak payung gergasi macam tu. Dulu ais krim ni baru 20 sen ke 30 sen. Murahhhh~ Sekarang dapat ke ais krim harga macam tuuu??


Gula-gula coklat ni pun selalu terselit dalam goodies bag birthday party kawan-kawan aku. Tak ingat pulak apa beza color pembungkus dia. Seingat aku rasa kat dalam sama jek. Berzaman dah tak makan. 



Ni memang evergreen punya coklat. Dari dulu sampai sekarang aku still craving lagi. Apa entah dia taruk dalam Choki-Choki ni sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Sekarang ni dah variety ah flavour dia. Tak macam dulu. Satu flavour jek, coklat.


Kiddies ni pun selalu gak berebut dengan kengkawan. Nak kata sedap tu tak adalah sedap sangat. Mungkin dia coklat, menarik perhatian kanak-kanak gemuk macam aku ni -_-"


Ni top listed junk food I ok!! Mak aiihh. Dah lama tak makan ~Nini Cokolat celop. Celop celop.~ Aku suka perisa kacang dengan strawberry. Nyam-nyam datang lepas Nini mendaki puncak dengan jayanya. Namun Nini tetap dihati :)



Dulu kat sekolah selalu tanya "ubat gigi awak perisa apa?" Ada jawab anggur ah, strawberry ah. Pakai Kodomo Lion ah kononnya. Sapa pakai ubat gigi biasa macam Colgate mak bapak kita gosok pagi-pagi tu kira loser ah. Sebab tak nak kalah, aku pun suruh mak aku pergi beli. Taknak beli taknak gosok gigi!



Permainan kegemaran kanak-kanak di shopping mall but sampai sekarang tetap jadik tempat kegemaran aku bila shopping sampai boleh bergaduh dengan anak-anak sedara aku -_-"


May 3, 2012

Free Lunch, Marathon Movies, Red Velvet


 Assalamualaikum

On 1st May, konon-konon cuti pekerja bagi kami yang tak bekerja ni. Kami budak-budak kelas bahasa German bergerak untuk ke rumah lecturer kami untuk dapat makan free. Bukan senang nak pau lecturer weyy. Sedap betul nasi tomato plus ayam masak merah disamping side dishes yang lain. *makan free mana yang tak sedap.

Menunggu budak-budak yang bangun pukul 1 sedangkan pukul 1 dah janji nak gerak -_-"





 Boys.



Sebab terlalu fokus makan makanan free. Sampai dua kali tambah. So tak banyak gambar yang dapat amik. Even gambar dengan Frau Aida pun tak sempat amik.

Then secara tetibanya, kteorang spontaneous punya plan nak tengok movie. Terus step on pecut pergi Jitra beratur tengok Avengers pada mulanya tapi sebab yang pukul 6 punya tayangan penuh. Kami tengok Batteship dulu. 


Dah dekat separuh Battleship tu baru teringat tak beli lagi tiket untuk tengok Avengers. Mau habis tiket kalau tak beli time tu. Tanya sorang-sorang, masing-masing taknak keluar sebab taknak miss Battleship. So technically tinggal aku sorang jeklah. -_-" Keluar ah pergi kaunter tanya tiket Avengers. Yang biasa ada 2 seats jek tapi kami bertiga. Tanya yang 3D punya ada lagi. Tapi bila nak bayar tengok purse, DUIT TAK CUKUPLAH DERRR!! Dengan muka tebal cakap dengan abang tiket yang duit tak cukup. Masuk balik mintak duit tambahan then keluar balik bayar balance RM20. Malunya. Puas abang tiket tu ketawakan aku. -_-"



 "Akhirnya dapat pun aku tengok Avengers!!"


Then pagi tadi kteorang dapat telan sebuku red velvet!! Sumpah sedap cuma cream cheese die tak banyak. Puas hati giler dapat makan.


Red velvet yang mengancam :)