August 31, 2011

Salam Aidilfitri



Assalamualaikum.

A bit late for me to wish Salam Lebaran but tak apalah kan? Asalkan wish. Busy ah nak update sebab sibuk masak ketupat, rendang. Ok tipu. Sebenarnya tolong potong-potong daging jek dan tengok tv selebihnya. Ada tak yang still nak meminang?? Ok tak ada. Padan muka kau. Sapa suruh pemalas sangat!

Semalam 1 Syawal, adik beradik taklah ramai sangat kat rumah sebab Elysanizal dan Emylanizar punya kampung jauh nun disana. Tinggallah kami yang kampung dekat hanya disinun. Kecuali I yang memang tak ada kampung. Loser gila kau ni tak ada kampung! -_-" Ok fine.


Aktiviti lepas bermaaf-maafan. Mesti amik gambar sampai muak!
Bergambar family dan kekurang anak kedua dan keempat.


Bahagian anak perempuan Mak.


Ok. Anak perempuan Mak memang kecoh.


Dengan my little angels.
Kalau jumpa I bukan nak tanya "Ucu sihat ke?" tapi tanya "Bawak make-up tak??"
-__-"


Babies look gorgeous wearing baju melayu. Rasa macam nak picit-picit jek.

Bila kami dah berjumpa bersama kamera di tangan. Jawapan dia: NON STOP!


Kan? Perangai tak macam anak dara ok.


Perangai pantang nampak kamera saya warisi daripada Mak.
Fokus jek lens kat dia. Even dia busy macam mana pun dia tetap akan pose. -__-"


Daniey Irfan


Duit raya.


Cakap pasal duit raya. Masa part salam mintak maaf. Anak sedara I mintak maaf kat I mesti tunggu lama. Ingatkan tunggu apa rupanya tunggu duit raya dari Ucu dia!! Kesian korang. Nantilah tunggu Ucu keje eh sayang-sayang sekalian. Nanti dapatlah kamu duit raya.


and lastly:
Selamat Aidilfitri dan Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke 54 Muslims and Malaysians!



August 24, 2011

Tendang Kepala Hitam Jejauh.



Assalamualaikum.


Hye peoples! Tetengah malam ni I tetibe dapat satu idea nak buat entry. Entry pasal kebersihan muka. Tak kira lah korang ni lelaki ke perempuan. Facial hygiene tu important tau tak! Kalau tak pandai jaga muka habislah merana kulit muka korang. I ni bercakap macam muka tulus mulus jek. Tak adalah mulus sangat cukuplah sekadar bebas dari kekotoran.


Tapi sekarang I nak sebarkan berita pada y'all (gaya kepochi) pasal Nu Teen. Ok before nak thanks dekat my niece, Ainin sebab dialah yang introduce I dengan Nu Teen ni. I jumpa trial pack dalam bilik dia and tanya "apa kebende ni??". Dan I dah jumpa cleanser yang paling I adore!!


Tadaaa!!


Nu Teen Blackheads Away Gel. Dia actually bukanlah facial cleanser biasa yang I selalu guna sental muka tiap kali bangun and sebelum tidur. Dia khas untuk tendang kepala hitam. Tak tau blackheads dalam BM tu apa so I panggil kepala hitam. Baru nampak comel sikit.

Masa nak apply cleanser ni korang kena pastikan muka kering dulu. Picitkan sikit kat muka then dot-dotkan diseluruh muka. Then urut muka korang tadi dan akan keluarlah sekala daki-maki korang yang telah korang berjaya kumpul sejak azali lagi. Memang agak gelilah. Haha. Rasa nak muntah pun ada gak tengok benda-benda tu keluar. Then rinse with water. Kulit korang terasa lebih ringan, halus dan wangi jek. Dia jugak boleh mengurangkan Mr. Jeje (jerawat) buat lawatan rasmi kat muka kita :)


Ni set dia tapi I beli yang oren tu jek.


Harga dia RM 13.00. A bit expensive sebab botol dia kecik tapi sumpah satisfied giler!! Gambar I amik dari Google jek sebab kamera yang I dah amik beribu gambar tu tak boleh transfer plak. Buat penat pose sana sini jek. =____="




Muka terasa bersih!!!
Y'all should try it!!


August 18, 2011

Welcome To A Colourful Bright World, Jelita Juwita Aisyah.


Assalamualaikum


Brand new Ramadhan Baby.
Jelita Juwita Aisyah Bte Elysanizal.

awww~


Mata bulat, pipi bulat.


Inherit beauty from mum and roundness from daddy.


Big brother, Haziq Iskandar Shah.


Sleepy head.


A sleepy pose from big bro.


Irfan so happy to have one more cousin!


Smiling at his mummy.


Salam Ramadhan y'all!!




August 13, 2011

Bad Hair Occur!


Assalamualaikum



Hye korang. Hari dah masuk dekat berapa minggu dah I alami bad hair days. Eh. Bukan days tapi WEEKS! I tak taulah apa masalahnya sebab rambut dah gugur berdozen-dozen selama beberapa minggu ni. Dia bukan sekali gugur sehelai dua tapi beratus helai. Memang banyak gila!! Sekarang ni tengah tunggu kepala botak jek.



Pictures are from Google.
Kalau muka cantik tapi rambut macam

penyapu luar rumah aku. Buat apa ye??


Sedihnya rambut buat masalah.



Antara punca yang dapat dikenal pasti yang bawa masalah kepada rambut. Adalah shampu. Sebab bertukar shampu. Rambut menjadi mangsa. So girls out there plus boys. Jangan ingat girls jek boleh dapat bad hair day, boys pun boleh tau. Pilihlah shampu yang betul-betul ngam dengan rambut korang. Jangan main capai jek sebab murah ke botol cantik ke. Pilih yang sesuai dengan kondisi rambut anda. Kalau tak anda akan mengalami pengalaman hitam seperti saya. Sekarang nak keluar pergi cari shampu. Bye!!


Kalau nak cover rambut bermasalah.
Bolehlah guna kulit limau bali macam miau-miau ni. :)



August 11, 2011

Once More Being Admitted



Assalamualaikum.

Currently I dekat Regency Hospital, Johor. Tapi bukan I yang sihat walafiat ni sakit tapi my baby sweetheart, Haziq yang sakit. Dah dekat 5 hari I check-in dekat 'hotel' ni. Ni maybe hari last sebab kalau Haziq da ok semuanya. Petang ni dah boleh discharge :). Harap-haraplah. Demam dia pun da ok. Diarrhea pun da kurang. Makan pun da boleh. Cepat sihat eh budak montel?


Haziq masa 1st day masuk hospital. Muka sakit jek.
*what do you expect muka orang sakit macam mana??


See!! Got another more teddy. Same as the last bandage.


Selama Haziq kena admit sebab demam 40.7. Dia kena drip 5botol air gula. Kesian sangat. Sakit kot. Sampai naik gemuk badan-badan dia. Gemuk air. Until one night Haziq's mum realize tangan Haziq swelling gila-gila. Sebab air yang di drip tu terkumpul dalam tisu bawah kulit. Pity on him.


Tengok tangan dia dah macam belon kan??


Tapi sekarang no worries sebab si Haziq debab dah sihat. Main sana sini tak nak masuk bilik. Nak meronda jek. Datuk bandarlah katakan. Nak melawat kawasan. Tak reti nak duduk setempat. Duduk setempat pun time tidur jek. -_-"


Tempat tidur Ucu Haziq sebelah tingkap and keras. Sakit punggung beb!! But now da upgrade dengan tilam angin Ayah Haziq bawak. :)


Muka dah sihat and waiting for discharge! Tak sabar Haziq nak balik rumah and Ucu pun tak sabar nak balik rumah tidur atas katil yang proper.


Gaya orang sihat tidur.
Doakan Haziq yee!!!


August 4, 2011

Discovery: New Malaysian Harry Potter


MALAYSIA: Berita tergempar seluruh Malaysia! Seorang bayi telah ditemui mempunyai parut serupa seperti bayi bernama Harry Potter di London, Britain. Mari saksikan bukti gambar-gambarnya.



Wajah ketika baru ditemui.


Wajah setelah dipujuk oleh para penemu bayi ajaib ini.


Mungkinkah bayi ini bakal menewaskan Voldemort???